Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 11, 2014

MAJLIS PELANCARAN PELAN PEMBANGUNAN BOLASEPAK NEGARA

Ucapan Aluan oleh YB Khairy Jamaluddin di Majlis Perasmian Akademi Bolasepak Negara di Bukit Gambang 
KUANTAN - Semalam telah berlangsungnya satu Majlis Perasmian Akademi Bolasepak Negara yang telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak.

Akademi tersebut terletak bersebelehan dengan Sekolah Sukan Malaysia Pahang turut dikenalikan sebagai Akademi Bolasepak Mokhtar Dahari sebagai satu penghargaan buat Lagenda Bolasepak Negara itu.

YAB Perdana Menteri membelek isi kandungan Pelan Pembangunan Bolasepak Negara yang turut dilancarkan semalam.
Pahang merupakan satu - satunya Negeri di Semenanjung Malaysia yang memberikan penghormatan terhadap jasa yang telah ditaburkan oleh Allahyarham Mokhtar Dahari dalam mengharumkan nama Malaysia melalui sukan bolasepak.

Penghargaan tersebut juga turut mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan Pahang serta KDYMM Tengku Mahkota Pahang sepertimana yang telah dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri sewaktu ucapan perasmiannya.

Pengurus Program, Lim Teong Kim memberi penerangan mengenai kaedah latihan yang dijalankan di Akademi Bolasepak Negara kepada YAB Perdana Menteri serta dif - dif jemputan 
Akademi tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Lim Teong Kim (Bekas Pengurus Pasukan Remaja Bayern Munich) sebagai Pengurus Program.

Selain perasmian akademi tersebut, YAB Perdana Menteri juga turut melancarkan Pelan Pembangunan Bolasepak Negara yang juga dijadikan sebagai salah satu agenda Nasional bagi mengembalikan kegemilangan sukan paling popular diseluruh dunia di Malaysia.

Sebahagian dari para hadirin yang memenuhi ruang bawah khemah 
Turut hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob, Menteri Belia dan Sukan - YB Khairy Jamaluddin Bin Abu Bakar, Menteri Pelajaran II - Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Belia dan Sukan - YB Saravanan,  barisan Exco Kerajaan Negeri Pahang, Ketua - Ketua Jabatan serta pemimpin - pemimpin setempat.

0 comments:

share2