Kuala Lumpur: Presiden PBNP Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah menegaskan beliau menaruh kepercayaan tinggi terhadap Zainal Abidin Hassan dan berpuas hati dengan tugasan pengendali itu setakat ini.
Skuad Tok Gajah sebelum ini telah dikaitkan dengan bekas juara Piala Dunia kelahiran Itali, Marco Materazzi yang dianggap bakal menggantikan tempat bekas ketua jurulatih Ronald Smith.
Tetapi berikutan pencapaian menyerlah Zainal dalam saingan Liga Super pada musim ini, Tengku Abdul Rahman yakin bahawa pasukan Pahang dikendalikan secara baik.
"Kita semua sudah lihat pencapaian Zainal Abidin dan diharapkan prestasi terbaik ini kekal untuk meraih kejuaraan terutama mempertahankan Piala Malaysia musim ini.
“Saya harap kejayaan diraih ketika ini dapat dipertahankan kerana perjalanan masih lagi panjang", ulas beliau dalam satu temubual bersama Harian Metro.
Spekulasi yang mengaitkan Materazzi dengan pasukan Pahang mula timbul apabila bekas pemain tersebut kelihatan bergambar bersama Tengku Abdul Rahman di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Mengikut maklumat yang diperolehi, Materazzi singgah di Malaysia untuk meninjau peluang bagi membuka sebuah akademi bola sepak di rantau ini.
0 comments:
Post a Comment