London 9 April - Chelsea melangkah ke separuh akhir Liga Juara-juara selepas mencatat kemenangan dramatik 2-0 ke atas Paris Saint-Germain (PSG) pada suku akhir kedua, sebentar tadi.
Gergasi Liga Perdana Inggeris dan juara Eropah 2012 itu terikat dengan agregat 3-3, namun mara menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Jaringan lewat minit Demba Ba di Stamford Bridge memastikan kemaraan Blues selepas Andre Schurrle terdahulu meletakkan tuan rumah di depan pada babak pertama.
Chelsea menjadi pasukan ketiga sejak 1992 berjaya bangkit daripada ketinggalan 1-3 dalam perlawanan timbal balik pertama untuk meneruskan kemaraan, sekali gus mengecewakan juara Liga Perancis, PSG.
0 comments:
Post a Comment