Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 8, 2014

MAYAT REPUT DITEMUI




Kuala Muda - Satu mayat dipercayai lelaki lengkap berpakaian ditemui reput dalam keadaan tergantung dekat pokok berdekatan dengan Taman Desa Budiman, kira-kira jam 3 petang semalam.

Berdasarkan pemerhatian, mayat berkenaan sudah berada di situ sejak beberapa hari lalu tetapi tidak disedari orang ramai.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, pihaknya mendapati mayat terbabit tergantung di dahan pokok.

“Kita menghantar mayat ini ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat bagi mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.

Difahamkan, kejadian disedari penduduk kampung yang menjalankan kegiatan mencari cendawan kulat di lokasi kejadian.

0 comments:

share2