Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, April 24, 2014

KES CERAI FIZA, ADAM MINGGU DEPAN




Kes permohonan cerai secara baik yang difailkan oleh pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Fiza dan penyanyi, Adam akan didengar buat pertama kali pada 28 April ini di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Menurut laporan sebuah portal, Fiza memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dan kes akan didengar di hadapan Hakim Syarie, Muhamad Nazri Basrawi.

Isu pergolakan rumah tangga pasangan ini bertiup sejak beberapa bulan kebelakangan ini yang akhirnya memuncak apabila Fiza dikatakan memadamkan gambar Adam di laman sosial Instagramnya.

Kedua-dua selebriti ini bagaimanapun mengambil sikap diam diri dan enggan mengulas lanjut berhubung status hubungan apabila ditanya media.

Adam dan Fiza berkenalan dua bulan sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin di Pejabat Jabatan Agama Islam (JAIS) di sini pada 26 September 2013.

Perkahwinan ini merupakan yang kedua bagi Fiza selepas berpisah dengan bekas suami, Ahmed Fariq Zainul Abidin pada 2010.

Bersama bekas suaminya, Fiza mempunyai dua cahaya mata, Ferra Aryana Ahmed Farriq, 6, dan Feeya Adyrra Ahmed Farriq, 5.

0 comments:

share2