Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, April 23, 2014

ANWAR TARIK DIRI PEMILIHAN PRESIDEN PKR




Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang, Datuk SeriAnwar Ibrahimmengumumkan penarikan dirinya daripada bertanding jawatan Presiden PKR.

Penarikan diri itu membolehkan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail memenangi jawatan itu tanpa bertanding.

"Anwar sudah mengumumkan hasratnya untuk tidak bertanding melalui surat rasmi yang diberikan kepada saya pada minggu lalu.

"Maka dengan itu, Datin Wan Azizah menang tanpa bertanding," kata Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR Datuk Johari Abdul pada sidangmediadi Ibu Pejabat PKR diPetaling Jayahari ini.

Walaupun pengumuman tersebut dibuat hari ini, namun menurut Johari, JPP telah menerima surat penarikan diri tersebut daripada Anwar pada 19 April lalu.

“Beliau tidak sebut apakah sebabnya di dalam surat, hanya menyatakan hasratnya untuk menarik diri daripada bertanding untuk jawatan presiden. Tetapi banyak perkara sudah berlaku, seperti kematian saudara Karpal Singh dan kes mahkamah lain yang menyebabkan ia tidak diumumkan," katanya Johari.

Pada 11 April lalu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Anwar Ibrahimdisahkan bertandingjawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan diadakan pada Mei ini.

Pertandingan tersebut disahkan Johari pada sidang media calon pemilihan Keadilan 2014 dimana Wan Azizah telah memegang jawatan itu selama 15 tahun.

Anwar kini sedang menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun selepas disabit kesalahan meliwat.

0 comments:

share2