Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 11, 2014

BAYI DUA KEPALA MATI


bayi kembar siam dua kepala, satu badan meninggal dunia selepas 20 hari dilahirkan

New Delhi: Bayi kembar siam dengan dua kepala dan satu badan meninggal dunia setelah bertarung nyawa selama 20 hari.

Kembar siam itu dilahirkan 13 Mac lalu secara peembedahan dam berat 3.37 kilogram. 

Selain dua kepala dan satu badan, bayi itu juga mempunyai dua leher, dua tulang belakang dan dua esofagus yang berlainan, tetapi berkongsi hati, perut dan paru-paru. 

Tragiknya, ibu mereka tidak sanggup untuk melihat bayi-bayi itu sebelum mereka menghembuskan nafas yang terakhir.

Bapa kembar siam itu, Subhash, 32 berkata: ‘Berita kematian itu tidak memeranjatkan, tetapi kami tetap merasa kehilangan mereka dan sedih.

“Saya ingin membesarkan mereka tetapi Tuhan mempunyai rancangannya tersendiri. Merekaberjaya hidup selama 20 hari. Ia satu keajaiban.”

0 comments:

share2