Putrajaya 15 Mac - Pengumuman terkini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkembangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 ternyata memberi kelegaan kepada keluarga penumpang.
Bapa kepada Khairul Amri Selamat, Selamat Omar, 60, berkata, dia begitu bersyukur dengan berita perkembangan pesawat tersebut dan secara tidak langsung memberi harapan baharu kepada mereka.
"Sebelum ini selama lapan hari kami tidak mendapat khabar pengumuman yang memberi kepastikan kepada keluarga penumpang.
"Saya amat berterima kasih dan berharap pihak kerajaan akan meneruskan pencarian agar operasi ini akan lebih berjaya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menonton pengumuman Perdana Menteri berhubung perkembangan terkini pesawat MH370 di Hotel Everly di sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment