Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, March 9, 2014

LAPAN PELAJAR USM GAGAL TURUN DARI GUNUNG JERAI



Jerai - Lapan penuntut lelaki dari Universiti Sains Malaysia (USM) dipercayai gagal turun dari Gunung Jerai di sini selepas salah seorang rakan mereka cedera petang semalam.

Difahamkan mereka mula mendaki kira-kira pukul 10 pagi hari ini dan gagal turun apabila seorang daripada mereka mengalami kecederaan.

Kesemua mereka berusia antara 23 hingga 26 tahun tersebut dikatakan naik ke Gunung Jerai untuk berkhemah dan difahamkan tidak mendapat kan kebenaran daripada pihak berkuasa terlebih dahulu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat negeri menerima laporan tentang kejadian pada pukul 8.13 malam tadi dan setakat berita ini ditulis, operasi mencari dan menyelamat giat dijalankan.


0 comments:

share2