Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, February 12, 2014

SHARKAR SIFATKAN PRK KAJANG SEBAHAGIAN SANDIWARA ANWAR




Lancang, Temerloh - Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' Mohd Sharkar Shamsudin merangkap Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang ketika ditemui dan diminta mengulas mengenai keadaan politik semasa menyifatkan bahawa apa saja yang berlaku dan melibatkan pembangkang semuanya hanyalah sendiwara belaka.

Perletakan jawatan Adun Kajang untuk membolehkan DS Anwar bertanding dan seterusnya dilantik jadi MB Selangor adalah sendiwara. DS Anwar yang pernah berjanji untuk bersara dari politik jika Pakatan kalah dalam PRU13 lalu merasakan semakin dilupakan, justeru beliau 'menulis' skrip baru untuk satu sendiwara baru supaya namanya kembali disebut-sebut.

'Tidak mustahil soal pengundi hantu dan pengundi bangla akan dimainkan semula untuk membuatkan DS Anwar terus popular' - tambah beliau. 

'Demikian juga dengan Teresa Kok yang bersendiwara untuk mendapat simpati rakyat apabila kononnya beliau terancam dan menuduh UMNO rasis, sedangkan tindakan beliau mengeluarkan video klip menghina pemimpin negara itu adalah satu provokasi dari sifat rasis dan chauvanish beliau sendiri' - kata beliau lagi.

Perletakkan jawatan dan segala kekecohan yang berlaku dikalangan Pakatan Pembangkang semuanya sendiwara yang di'skrip'kan oleh DS Anwar untuk membuat pembangkang terus disebut-sebut dan diingat dalam fikiran rakyat, kemudian dalam kekecohan dan ketidak-tentuan itu DS Anwar akan hadir untuk menyelesaikan segalanya untuk dilihat sebagai faktor penyelesai dan perpaduan dalam pakatan. Dalam kata lain, beliau ingin dilihat sebagai penyelesai kepada masalah yang beliau sendiri ciptakan.

Justeru Dato' Mohd Sharkar berpendapat, rakyat patut mengabaikan sebarang tindakan yang dilakukan dan tidak memberi sebarang respon supaya nama'nya' akan tengggelam terus dari ingatan rakyat dan tidak lagi dipedulikan. PRK Kajang juga patut diabaikan oleh rakyat dan BN agar DS Anwar menari tanpa lagu.



0 comments:

share2