KUALA LUMPUR - Pelaksanaan hukum Hudud di negara ini perlu mengambil kira pelbagai faktor terutama melibatkan orang islam dan bukan islam.
Pendapat ini disuarakan oleh bekas Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad. Beliau berkata perlaksanaan ini perlu kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan berhubung pembahagian bidang kuasa di antara Persekutuan dan negeri.
Berdasarkan Senarai I, Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan, undang-undang jenayah terletak di bawah bidang kuasa Persekutuan dan mahkamah sivil manakala kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama Islam seperti dalam Senarai II (Senarai Negeri), Jadual Kesembilan, Perlembagaan Persekutuan adalah di bawah kuasa kerajaan negeri serta mahkamah syariah.
Ada di antara kesalahan-kesalahan yang telah wujud dalam Kanun Keseksaan sejak 1936 dan berkuatkuasa ketika Perlembagaan Persekutuan digubal. Contohnya, kesalahan menyebabkan kematian atau kecederaan kepada orang lain, mencuri, merompak dan merogol,
"Sebaliknya, antara kesalahan itu ada yang tidak terdapat dalam Kanun Keseksaan, malah telah diperuntukkan dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah negeri-negeri. Contohnya, persetubuhan luar nikah, menuduh seseorang berzina dan berkaitan minuman memabukkan," katanya.

Andainya hukuman-hukuman hudud dan qisas hendak dikenakan bagi kesalahan jenayah Persekutuan, perkara itu hanya boleh dilakukan sebagai undang-undang Persekutuan, iaitu undang-undang jenayah dan bukan kesalahan terhadap suruhan agama Islam seperti yang diperuntukkan dalam Senarai II.
Undang-undang jenayah Persekutuan ini mestilah terpakai kepada semua orang Islam dan bukan Islam kerana ini merupakan undang-undang jenayah dan bukannya undang-undang peribadi dan kesalahan-kesalahan terhadap suruhan agama Islam.
"Jika hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, ini bercanggah dengan peruntukan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan kerana itu ialah satu diskriminasi atas alasan agama," ujarnya.
"Jika hanya terpakai kepada orang Islam sahaja, ini bercanggah dengan peruntukan Perkara 8, Perlembagaan Persekutuan kerana itu ialah satu diskriminasi atas alasan agama," ujarnya.
"Adilkah jika seseorang Islam mencuri harta seorang bukan Islam, dia dikenakan hudud manakala seorang bukan Islam mencuri harta orang Islam, dia hanya dikenakan penjara atau denda". Jelas beliau.
Selagi hukum hudud tidak dilaksanakan bermakna kamu ingkar perintah Allah.