KARAK – Kekalahan BN di tiga kawasan Dun pada pilihan raya umum lalu nyata memberi impak kepada Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, kekalahan itu diibaratkan seperti kehilangan satu kaki.
“Sebelum ini, saya dibantu Adun di tiga kawasan iaitu Ketari, Bilut dan Sabai untuk melaksanakan tugas bertemu serta menyelesaikan masalah penduduk.
“Namun, saya kini berdiri seperti orang yang hanya ada sebelah kaki untuk melakukan pelbagai tugasan,” katanya pada Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan PBMK, dekat sini. Turut hadir, Pengerusi JKKK Tok Muda, Hamdan Yusof.
Tiong Lai berkata, beliau bagaimanapun tidak putus semangat, sebaliknya bertekad untuk memberikan khidmat terbaik kepada penduduk di kawasan Parlimen Bentong.
Katanya, beliau gembira masih mendapat sokongan dan bantuan daripada JKKK, persatuan, agensi kerajaan serta bukan kerajaan dalam menerajui kepimpinan di kawasan ini.
“Tiada Adun daripada BN di kawasan ini bukan bermakna penduduk akan hilang punca. Sebaliknya, mereka boleh mengadukan permasalahan kepada JKKK dan pihak berkaitan atau terus kepada saya.
“Kita masih mempunyai organisasi yang kuat untuk membela nasib penduduk terutama di kawasan Dun Sabai ,” katanya.
Beliau juga berkata, Adun daripada parti pembangkang tidak dapat membantu dan membawa perubahan kepada penduduk di sini walaupun mereka memenangi kerusi itu.

0 comments:
Post a Comment