SUATU ketika pada 1993, Tun Ghafar Baba (Allahyarham) terpaksa mengaku kalah kepada seorang pesaing tegarnya sebelum persidangan UMNO. Ini gara-gara mainan 10 undi bonus yang dikatakan selepas beberapa ketika - tidak demokratik.
Sistem undi bonus diperkenalkan bagi pencalonan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO. Tidak lama kemudian ia dimansuhkan dan diganti dengan beberapa peraturan baru termasuk menetapkan jumlah pencalonan minimum untuk bertanding bagi semua jawatan tertinggi parti.
Masa berlalu. Dan kini selaras dengan pindaan perlembagaan UMNO pada 2009, seramai 146,500 perwakilan parti daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pimpinan Oktober ini.
Sistem pemilihan jawatan Majlis Tertinggi dan bahagian yang baharu ini diyakini banyak pihak - akan menjadikan UMNO lebih terbuka, demokratik dan inklusif.
Sesekali merenung kembali proses pemilihan jawatan dalam Perhimpunan Agung UMNO, ia menyaksikan selari antara teras demokrasi dan toleransi yang diamalkan oleh UMNO sejak dulu lagi.
Sepanjang sejarah pemilihan UMNO, jawatan Presiden UMNO contohnya hanya tiga kali dicabar. Ketika itu jawatan Presiden dikenali sebagai Yang Dipertua.
Pada mesyuarat agung UMNO keenam tahun 1951, jawatan Yang Dipertua disandang oleh Tunku Abdul Rahman dicabar oleh dua calon lain iaitu C.M Yusof dan Haji Ahmad Fuad Hassan. Pada mesyuarat agung itu yang sekarang dikenali sebagai Perhimpunan Agung UMNO, Tunku mencapai kemenangan besar dengan mendapat 57 undi sementara C.M Yusof mendapat 11 undi dan Haji Ahmad Fuad hanya tujuh undi.
Pertandingan antara ketiga-tiga tokoh UMNO ini agak sengit. Tetapi Tunku yang sudah mencipta nama sebagai pemimpin UMNO dan juga seorang yang terpelajar berjaya meyakinkan ahli-ahli untuk diserahkan tugas sebagai pemimpin nombor satu UMNO. Tetapi yang menariknya, pertandingan tiga penjuru ketika itu tidak memecahkan UMNO kepada beberapa puak.
Barangkali hasrat semua ahli UMNO ketika itu adalah satu - untuk memperjuangkan kemerdekaan negara. Soal kalah menang bukan agenda penting. Sesiapa sahaja yang menang akan memikul tugas utama membawa negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah.
Dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-29 pada 1978, sekali lagi jawatan tertinggi parti itu dicabar. Walaupun jawatan tertinggi itu tidak banyak dicabar dalam Perhimpunan Agung UMNO tetapi atas desakan demokrasi, penyandangnya Hussein Onn berdepan dengan pencabar tunggal, Suleiman Palestin.
Meskipun pada perhimpunan agung itu Presiden UMNO dicabar tetapi Tun Hussein tidaklah terasa kedudukannya goyah. Ini kerana pengaruh pencabarnya, Suleiman Palestin dianggap tidak memberikan kesan yang besar kepada Hussein yang ketika itu menjadi Perdana Menteri.
Seterusnya, pertandingan merebut jawatan Presiden UMNO yang paling besar dalam sejarah UMNO ialah pada Perhimpunan Agung UMNO ke-38, 1987. Malah pada pemilihan jawatan tahun berkenaan juga UMNO kelihatan seolah-olah berpecah kepada dua kumpulan dan popular dengan nama Team A dan Team B.
Gelombang perebutan jawatan Presiden UMNO ketika itu dirasai oleh semua orang UMNO dan juga rakyat. Presiden UMNO ketika itu, Dr. Mahathir Mohamad dicabar oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Ia menyaksikan ahli UMNO berpecah kepada Team A yang menyokong Dr. Mahathir dan Team B yang menyokong Tengku Razaleigh.
Pertandingan itu sangat sengit kerana pengaruh Tengku Razaleigh yang sangat kuat ketika itu. Tambahan pula Team B juga turut disokong oleh beberapa menteri dan timbalan menteri.
Akibatnya, tahun 1987 menjadi 'tsunami' bagi UMNO.
Dr. Mahathir mencatat kemenangan dengan mendapat 761 undi manakala Tengku Razaleigh mendapat 718 undi. Kemenangan tipis Dr. Mahathir itu menyerlahkan lagi perpecahan dalam UMNO kepada dua kumpulan.
Kemenangan Dr. Mahathir itu membawa kepada satu lagi tragedi duka kepada UMNO apabila disaman oleh "Kumpulan 11" yang akhirnya UMNO diharamkan pada tahun 1988.
Akibatnya juga, parti serpihan Semangat 46 diujudkan dan berlaku cabaran pilihan raya besar bagi UMNO dan BN pada Pilihan Raya Umum November 1990 apabila BN kehilangan Kelantan.
Dan selepas pertandingan Dr. Mahathir dengan Tengku Razaleigh, di atas nama kesepakatan dan keutuhan UMNO, jawatan Presiden tidak dicabar sehingga sekarang. Malah diperkuatkan lagi dengan tradisi peralihan kuasa yang sangat tertib antara Presiden yang melepaskan jawatan kepada penyandang baru.
UMNO bukannya tidak pernah dilanda masalah. Selain pernah diharamkan, terjadi pula gelodak pemecatan timbalan presidennya pada 1998 dan tsunami politik ke atas pilihan raya umum 2008 dan terbaharu 5 Mei tahun ini.
Namun, masalah-masalah itulah yang menjadikannya bangkit dengan lebih gagah.
Dengan perubahan pemilihan pucuk pimpinan parti menerusi sistem pengundian terbaharu nanti, diyakini akan menjadikan UMNO sebuah parti yang matang, lebih progresif, berpengalaman luas dan berani membuat perubahan dari semasa ke semasa.
Setelah pelbagai ranjau dan masalah dihadapi dalam PRU-13, ia memberikan iktibar kepada UMNO untuk terus bergerak bukan sahaja untuk dahulu tapi juga untuk tahun-tahun mendatang.
Di sebalik semua ini, hasil analisis pada PRU-13 menunjukkan trend populariti tonggak parti pemerintah ini sedikit merosot kerana menghadapi masalah dengan dunia siber.
Ini memerlukan parti merumuskan suatu kaedah untuk cuba menerangkan kepada rakyat keberkesanan parti untuk kekal relevan terutama kepada golongan muda.
UMNO dan BN kena tangani masalah orang muda. Memaklumkan kepada mereka apa yang sudah dilaksanakan dan akan dijayakan.
Memang, kadangkala mereka tak percaya dan barangkali tak ambil peduli kepada sejarah. Tetapi kita mesti ingat pada sejarah kerana setiap langkah yang kita ambil untuk ke hadapan tanpa melihat sejarah, akan membuatkan kita mengulangi kesilapan sebelum ini.
Dokongan daripada "generasi X" di semua peringkat perlu supaya mereka ini diserapkan dalam kepimpinan peringkat cawangan dan bahagian.
Dalam perjalanan memegang tampuk pemerintahan negara selama lebih 50 tahun ini, kepimpinan UMNO mesti mengambil perhatian serius arus perkembangan akar umbi terutama sentimen orang muda.
Lakukanlah perubahan dan pembaharuan sebagaimana yang diharapkan, terutama di persimpangan di mana UMNO mesti kembali dilihat sebagai parti yang membawa aspirasi akar umbi bangsa Melayu.
UMNO memang ditubuhkan oleh golongan bangsawan dan di bawah naungan istana. Namun perjuangan membela kepentingan bangsa Melayu dan memartabatkan rakyat merupakan roh dan nadi UMNO.
Walaupun ada pihak mengutarakan mesej "berani berubah" dan 'merakyatkan UMNO' sebagai misi ulung, pembaharuan yang dibawa perlu mengambil kira kepentingan strategik dan taktikal orang Melayu dipelihara.
Ini agar tidak berlaku keadaan 'kera di hutan disusukan, anak di buaian mati kelaparan'.
Dan sehinggakan ada pihak lain pula yang berani 'naik tocang'.

0 comments:
Post a Comment