Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, June 1, 2013

'RIZAB HIDUPAN LIAR KRAU' MAMPU MEMACU PELANCONGAN PAHANG




Cadangan Kerajaan Negeri Pahang untuk memajukan 'Rizab Hidupan Liar Krau' sebagai satu tarikan dan destinasi baru eko-pelancongan di Pahang sangat sesuai pada masanya. Pertambahan jumlah pencinta alam semulajadi yang meningkat memerlukan lebih banyak destinasi yang sedemikian untuk diterokai. Kunjungan berkali-kali ke Taman Negara mungkin akan menjemukan sebahagian mereka, justeru destinasi baharu lambat laun harus diterokai juga bagi mengisi keperluan berkenaan.

Pengumuman YB Dato' Mohd Sharkar Shamsuddin, Exco Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang sepertimana yang disiarkan dalam kebanyakan akhbar pada 13hb Mei lalu sememangnya dinanti-nantikan oleh 'pemain' dalam industri pelancongan khususnya di Pahang. Meneruskan mempromosi eko pelancongan sebagai teras kepada pelancongan Pahang adalah langkah yang betul. Apabila cadangan ini dapat direalisasikan kelak sudah tentu ianya akan dapat menjana ekonomi penduduk disekitar Jerantut, Kuala Krau dan Temerloh terutamanya, selain dari Raub yang juga bersempadan dengan Rizab hutan berkenaan.

Rizab Hidupan Liar Krau adalah rizab hutan simpan tertua di Malaysia yang mana telah diwartakan pada 9hb Jun 1923 dengan keluasan 62,395 hektar dan merupakan hutan simpan kedua terbesar selepas Taman Negara.

Gunong Benom dengan ketinggian 2107 meter merupakan gunong kedua tertinggi di Pahang dan kesepuluh di  Semenanjung Malaysia akan mampu menarik minat pendaki-pendaki dari seluruh tanahair bahkan dari Singapura juga. Pendakian mencabar selama 5 hari tentu akan jadi tarikan sebahagian pencinta alam semulajadi. Buat masa ini, Gunong Benom boleh diterokai melalui Jerantut di Kg.Perlok, Ulu Cheka.

Kepelbagaian topografi rizab hutan simpan ini yang terdiri dari kawasan lembah dan berpaya, tanah rendah yang rata dan mendatar serta bukit-bukau pastinya turut menampung pelbagai spicies flora dan fauna, antaranya pokok Tualang (Koompassia Excelsa - pokok tertinggi di Asia Tenggara), Bunga Pakma (Rafflesia Spp.), Periuk Kera (Nepenthes Spp.) serta Rhododendron (yang tumbuh dipergunongan). Suara unggas dan serangga terutamanya riang-riang (Cicadas Spp.) pastinya akan bermain ditelinga sepanjang berada disana. Segalanya akan mengamit para pengkaji dan pencita alam semulajadi untuk mengunjunginya. Pahang, destinasi utama eko-pelancongan negara.


Pelancong bergambar di banir pokok Tualang


 Rhododendron Sp.


 Nepenthes Spp.


Rafflesia Cantleyi

0 comments:

share2