Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, August 30, 2014

MARAN : HARI BERKABUNG TIDAK WAJAR DIPOLEMIK


Ismail beramah mesra dengan anggota pasukan beruniform dan kakitangan agensi kerajaan yang hadir pada majlis pelancaran itu di Dataran Teksi Maran.



MARAN - Hari Perkabungan Negara dan bertafakur ketika ketibaan jenazah mangsa tragedi pesawat MH17 tidak sewajarnya dijadikan polemik kerana pasti tiada kesudahan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, kerajaan kesal apabila ada segelintir kecil individu yang mempertikaikan perkara tersebut walaupun jelas ia tidak bertentangan dengan syarak.

Menurutnya, dalam suasana rakyat sedang bersedih, ada juga segelintir manusia yang masih tergamak bermain dengan isu yang boleh mengguris hati dan perasaan ahli keluarga mangsa.

Katanya, ia hanya sebilangan kecil kerana majoriti rakyat di negara ini merasa pilu dan hiba mengikuti detik-detik ketibaan jenazah mangsa tragedi MH17.

“Rakyat menzahirkan satu solidariti tanpa mengira bangsa, agama dan bangsa apabila sama-sama mahu berkongsi kesedihan dengan keluarga mangsa.

“Solidariti itu terhasil dari perpaduan yang telah lama kita pertahankan dan pasti akan memberi impak positif kepada generasi muda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan pelancaran Kempen Jalur Gemilang peringkat daerah Maran, di sini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin; Adun Luit, Nur Hidayah Mohamad Shahaimi dan Pegawai Daerah Maran, Datuk Fadzilla Salleh.

Ismail yang juga Ahli Parlimen Maran berkata, isu sedemikian bertukar menjadi polemik apabila diperdebatkan dalam dunia siber.



0 comments:

share2