Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 30, 2017

EBA: KERAJAAN PP PERLU PULANGKAN WANG RAKYAT




Georgetown: Kerajaan DAP Pulau Pinang didesak merangka pelan khusus bagi menjana semula sejumlah wang yang digunakan untuk "membeli" beberapa anugerah dan sijil palsu daripada Europe Business Assembly (EBA) pada 2013 dan 2014.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad, berkata tindakan itu perlu dilakukan bagi memastikan wang rakyat berjumlah lebih RM50,000 yang dibelanjakan ketika "membeli" semua anugerah dan sijil palsu terbabit dipulangkan semula.

Beliau berkata, kerajaan negeri perlu mengambil langkah bermaruah dengan memulangkan semula semua anugerah yang "dibeli" daripada EBA itu, khusus bagi mengembalikan kegemilangan dan nama baik Pulau Pinang.

"Alasan bahawa kerajaan negeri tidak maklum bahawa EBA adalah organisasi bermatlamat mencari keuntungan dengan 'menjual anugerah' langsung tidak boleh diterima. Kenapa mereka tidak menyelidik latar belakang organisasi terbabit terlebih dahulu?

"Adakah mereka bertindak semberono hanya untuk mendapatkan pengiktirafan antarabangsa? Ia antara lain membuktikan DAP gagal merealisasikan slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT)," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Terdahulu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Maimunah Mohd Sharif, mengakui membayar yuran penyertaan bernilai RM39,088.10 bagi menerima anugerah dan pengiktirafan daripada EBA pada 2013 dan 2014.

Pada 2013, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (kini MBPP) dicalonkan bagi anugerah 'The Best Cities' dan 'The Best Municipal Managers', manakala Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), pada 2014 dicalonkan bagi anugerah 'Best City' dan 'Best City Manager' dengan yuran penyertaan masing-masing bernilai RM20,680 dan RM18,408.10.


0 comments:

share2