Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 15, 2018

SURAT TERBUKA DR. ILYANI: MANA HAK KEBEBASAN BERSUARA DILAUNGKAN PH?






Mana hak kebebasan yang selama ini dilaung-laungkan oleh Pakatan Harapan (PH) apabila Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi dilapor bakal dihadapkan ke Biro Pengaduan Awam (BPA) hanya kerana membuat surat terbuka kepada anak Perdana Menteri Marina Mahathir yang memperjuangkan hak sama rata komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), kata Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal, Mohd Norhiesam Ismail

Soalnya, apa salah Dr. Nur Ilyani sehingga mahu dikenakan tindakan tatatertib?

“Adakah selepas mereka berjaya mentadbir negara ini maka hak kebebasan bersuara terus mati dan hanya terpakai sekiranya memihak kepada mereka atau adakah Marina Mahathir terlalu kebal sebagai anak seorang Perdana Menteri maka dia tidak boleh dikritik walaupun demi kebenaran menegakkan hukum Allah?

“Sebenarnya apa yang diperkatakan oleh Nur Ilyani berhubung isu LGBT adalah suatu kebenaran berdasarkan fakta maka mengapa perlu dia diadukan kepada BPA. Bagi kami Dr. Nur Ilyani adalah contoh pejuang kebenaran, berani bersuara kerana kebenaran maka tidak ada sebab untuk beliau dikenakan tindakan hanya kerana bercakap benar,” ujar beliau dalam satu kenyataan media.

Jelas Norhiesam, sampai bilakah kerajaan baru ini mahu melayan karenah LGBT yang dilihat kini semakin berani membelakangkan agama dan adakah nanti apabila mereka menuntut hak untuk berkongsi tandas serta pelbagai hal berkaitan kaum wanita maka ia akan dibenarkan?

“Adakah nanti jika mereka mahu memohon hak untuk berkahwin sesama jenis maka kita akan membenarkan? Jika ini berlaku, maka di manakah Islam itu diletakkan? Adakah kita hanya menggunakan hukum akal di dalam menangani isu LGBT ini.

“Seharusnya, keberanian Nur Ilyani djadikan titik tolak untuk kita bersolidariti membendung isu LGBT ini. Kita harus mencari jalan penyelesaian segera agar mereka ini tidak lagi begitu lantang meminta yang tidak sepatutnya sehingga melanggar batas agama.

“Harus diingat, masih terlalu banyak isu yang harus diperjuangkan selain melayan tuntutan tidak relevan golongan LGBT,” tegas beliau.

Ujarnya, negara ini sebenarnya tidak pernah mendikriminasikan golongan ini malah mereka bebas hidup di negara ini, belajar, bekerja dan menikmati segala kemudahan tetapi itu tidak bermakna mereka boleh melanggar hukum Allah dan norma-norma kehidupan manusia.

Maka, Pemuda UMNO Nibong Tebal mengambil ketetapan teguh menyokong penuh pandangan ikhlas Dr Nur Ilyani terhadap golongan LGBT yang perlu diberi perhatian malah menyeru dan mengajak rakyat agar bersolidariti bersama Dr Nur Ilyani yang menyatakan kebenaran.

“Kami juga mendesak kepada kerajaan agar tidak mengambil sebarang tindakan kepada beliau sebagai menyokong dan menggalakkan hak kebebasan bersuara yang sering dilaungkan oleh pihak kerajaan PH.

“Berhentilah melayan karenah dan permohonan pelik komuniti ini. Fikirkanlah jalan dan kaedah terbaik bagi membantu golongan ini kembali ke kehidupan asal dan lebih baik. Sekiranya kerajaan terus melayan, kami yakin inilah bibit-bibit pengiktirafan kepada komuniti LGBT dinegara ini. Sensitiflah kepada hukum dan suara majoriti rakyat yang menolak budaya LGBT ini.

“Ingat, sekiranya Kerajaan PH tidak mendengar suara rakyat… tunggulah hukuman Tuhan akibat melanggari perintah-Nya,” ujar beliau lagi. 


0 comments:

share2