Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 30, 2017

PRODUK SERAMIK MALAYSIA BERTARAF DUNIA



SERAMIK eksport ke 15 terbesar dengan nilai dagangan RM6 billion pada 2015. Bidang ini menyumbang 0.8 peratus jumlah eksport sektor perkilangan negara ini. Bermula dekad lapan puluhan, industri seramik mula bertapak melalui syarikat Franklin Porcelain.

Pengiktirafan dunia terhadap bidang seramik tempatan meningkat apabila hasil seramik Muhammad Iqbal Awang Damit berjaya menjelajah Eropah melalui penyertaan dalam Trade Fair Ambiante di Frankfurt awal 2017.



Malah, karya yang sama dipamerkan di L’Artigiano in Fiera, Milan pada 2015 dan 2016. Karya ‘Bendang Studio’ oleh Rozana Musa juga diminati pelanggan dari Dubai, Tokyo dan Frankfurt.

Seni yang halus mutu penghasilannya ini menjadi identiti masyarakat dan budaya tempatan. Seni halus yang tinghi menjadikan produk Malaysia bernilai tinggi di pasaran.

Tidak hanya terbatas kepada segmentasi kraf dan dekorasi, pengkarya seramik menyuntik elemen kotemporari yang merentasi disiplin seni, sains dan teknologi.

Penghasilan produk seramik yang lebih fungsional membuktikan kemampuan industri seramik terus berevolusi sebagai produk fesyen, kesihatan dan teknologi.

Nilai kemanusiaan yang tinghi turut terakam dalam seni seramik. Ia tidak hanya bergantung kepada teknologi dan fungsi mesin semata-mata, tetapi ‘hand-build technique’ atau teknik kemahiran tangan juga penting.

Teknik ‘throwing’, ‘slabbing’ atau ‘pinching’ serta pemilihan jenis tanah memerlukan kecekapan pengkarya itu sendiri. Ketelitian dan pemikiran yang kritis dan kreatif juga perlu dalam kemahiran mengadun warna menggunakan formula yang harus direka sendiri.

Pengkarya juga mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam sebelum proses pembakaran dan pengaplikasian licau (glaze).

Walaupun kurangnya pengiktirafan di negara ini, produk seramik terus menempa nama di peringkat dunia.


0 comments:

share2