Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, January 24, 2018

TUN M 'KINGMAKER' JATUHKAN PM SEJAK 1960-AN





PAS menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad berperanan sebagai ‘kingmaker’ bagi menjatuhkan Perdana Menteri sejak akhir tahun 1960-an lagi.

Ia dapat dilihat melalui gelombang desakan kuat terhadap Tunku Abdul Rahman sehingga beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, antaranya dijana oleh Dr Mahathir.

Beliau kemudiannya mendapat tempat semula dalam UMNO dan mempengaruhi corak kepimpinan UMNO, sehingga beliau sendiri naik dari satu tangga ke tangga yang lebih tinggi.

Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zuhdi Marzuki, berkata Dr Mahathir adalah ‘kingmaker’ penting negara yang akan menentukan jatuh bangun seorang Perdama Menteri di negara ini.

Perkara itu cuba dilakukan beliau lagi apabila ingin menjatuhkan penggantinnya kerana gagal mengikut kehendak politik bekas Perdana Menteri itu.

“Kemuncak peranan Mahathir sebagai ‘kingmaker’, sehingga beliau sendiri berjaya memperolehi mandat sebagai Perdana Menteri dengan pengunduran Tun Hussien Onn pada tahun 1981.

“Selapas 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau terus mencaturkan politik UMNO dan negara. Kedua-dua Perdana Menteri selepas beliau dipaksa tunduk kepada kehendak politik beliau.

“(Tun) Abdullah Ahmad Badawi akhirnya melepaskan jawatan Perdana Menteri atas desakan Mahathir. Hari ini, beliau berjaya pula menundukkan seteru politik lama sehingga menjadi ketua gabungan pembangkang,” katanya dalam satu tulisan pada Selasa.


0 comments:

share2