MAKLUMAN:

Kami akan sentiasa mengemaskini maklumat banjir di seluruh negeri Pahang dari masa ke semasa. Kepada sahabat-sahabat Pahangku disetiap daerah seluruh negeri diminta membantu dengan menghantarkan maklumat serta gambar jika ada. Lebih mudah jika maklumat dan gambar-gambar berkenaan dihantar ke facebook FanPage PahangKu (Klik Sini)

Monday, January 14, 2013

Pemuda UMNO Bantu Mangsa Banjir

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Bentong mengadakan gotong-royong membersihkan rumah dua buah keluarga yang menjadi mangsa banjir kilat di Kampung Batu Satu dekat sini kelmarin.

Ketuanya, Datuk Johari Harun berkata, usaha itu merupakan salah satu daripada khidmat masyarakat Pemuda UMNO Bentong bagi meringankan beban keluarga Mohd. Rosdi Mohd. Ali, 38, dan Roslan Dollah, 37.

"Selain itu, kami turut mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak termasuk Majlis Perbandaran Bentong (MPB) bagi membolehkan kedua-dua keluarga malang ini ditempatkan sementara waktu di kuarters MPB.

"Ia bagi mengelakkan mereka terus berdepan dengan masalah banjir kilat memandangkan pada masa kini cuaca tidak menentu," kata Johari.

Yang turut hadir, Penghulu Mukim Bentong, Muhammad Azizi Khalid; Pengerusi Majlis Belia Daerah, Ahmad Nilhakim Abdul Rahim serta Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Batu Satu, Mohd. Isa Mat.

Menurut Johari, selain membantu menyediakan penempatan, usaha juga turut dijalankan dengan menambah baik sistem perparitan di kawasan berkenaan terutama di jalan utama.

Katanya, pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) perlu melihat semula sistem saliran di kawasan tersebut supaya perparitan atau pembentungan mampu untuk menampung aliran air hujan yang banyak.

"Apa yang diharapkan menerusi usaha yang dijalankan dapat membantu menangani masalah dihadapi dua keluarga ini," kata Johari.

No comments:

Galeri Sukan Malaysia Pahang 2012

Disclaimer

All writings and informations provided on this blog is for informational purposes only. 'pahang-ku.blogspot.com' makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors in this information from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

The opinions expressed by the bloggers and those providing comments are theirs alone, and do not reflect the opinions of the PahangKu. PahangKu will also not responsible for the accuracy of any of the information supplied by the bloggers and third party comments.




Sumbangan Kepada keluarga Allahyarham Yang Gambi

Bagi mereka yang bersimpati dan ingin bersedekah, bank-in sumbangan anda ke akaun berikut:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Bt Ab Aziz

Alexa Traffic Rank