MAKLUMAN:

Kami akan sentiasa mengemaskini maklumat banjir di seluruh negeri Pahang dari masa ke semasa. Kepada sahabat-sahabat Pahangku disetiap daerah seluruh negeri diminta membantu dengan menghantarkan maklumat serta gambar jika ada. Lebih mudah jika maklumat dan gambar-gambar berkenaan dihantar ke facebook FanPage PahangKu (Klik Sini)

Wednesday, January 16, 2013

Anwar Semakin Ditolak Rakyat


Tindakan peserta himpunan pembangkang keluar dari Stadium Merdeka sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap membuktikan sokongan rakyat terhadap Ketua Pembangkang itu untuk menjadi Perdana Menteri semakin suram.

Difahamkan, peserta yang bertindak keluar stadium ketika Anwar bersemangat memberikan ucapan tersebut terdiri daripada ahli-ahli Pas.

Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kasim berkata, ternyata penyokong Pas mahu meletakkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang majoriti pada pilihan raya umum akan datang dan bukannya Anwar.

Katanya, penyokong dan ahli Pas seakan-akan sedar tentang masalah moral serta nafsu Ahli Parlimen Permatang Pauh yang merupakan liabiliti politik kepada pembangkang.

"Ahli-ahli Pas juga sudah percaya dengan pengakuan yang dibuat Pengerusi DAP, Karpal Singh pada Oktober 1997 bahawa beliau mempunyai bukti kukuh tentang kegiatan liwat Anwar.

"Sehingga hari ini, Karpal enggan menarik balik kenyataan itu daripada hansard Parlimen. Takkan peguam Anwar (Karpal) hendak berbohong dalam perkara sebegini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, jelas Ruslan, Anwar seharusnya sedar dan bersara daripada dunia politik ekoran penolakan penyokong terhadap beliau.

Tambah Ruslan, penolakan Anwar sebagai Perdana Menteri itu juga menimbulkan keraguan dalam kalangan ahli-ahli Pas tentang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin yang masih tidak membuat penafian serta menyangkal dakwaan mempunyai hubungan sulit dengan Anwar.

"Kita juga ingin bertanya apakah berdiam diri itu bermakna mengesahkan atau mengiyakan apa yang dikatakan oleh rakyat atau mereka sebenarnya telah tersepit serta tak berani mengeluarkan sebarang kenyataan?

"Rakyat diminta buka mata untuk menilai agenda politik pembangkang ini supaya kerajaan yang memerintah selepas pilihan raya umum akan datang merupakan kerajaan berkaliber dan dapat memakmurkan negara," katanya.

No comments:

Galeri Sukan Malaysia Pahang 2012

Disclaimer

All writings and informations provided on this blog is for informational purposes only. 'pahang-ku.blogspot.com' makes no representations as to accuracy, completeness, currentness, suitability, or validity of any information on this blog and will not be liable for any errors in this information from its display or use. All information is provided on an as-is basis.

The opinions expressed by the bloggers and those providing comments are theirs alone, and do not reflect the opinions of the PahangKu. PahangKu will also not responsible for the accuracy of any of the information supplied by the bloggers and third party comments.




Sumbangan Kepada keluarga Allahyarham Yang Gambi

Bagi mereka yang bersimpati dan ingin bersedekah, bank-in sumbangan anda ke akaun berikut:
06010748670528 CIMB Bank
Nurain Zubaidah Bt Ab Aziz

Alexa Traffic Rank