Oleh: Beruang Biru
"Dalam ucapan pemimpin UMNO(semasa
penggulungan) juga mengajak rakyat mengenang jasa-jasa UMNO selama ini. Apakah
UMNO sahaja yang berjasa? semacam UMNO sahaja yang berjasa."
"Pas di Kelantan pun banyak
jasa," itu kata Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar
Kelantan yang paling banyak menabur jasa air liur untuk rakyat Kelantan.
Nik Aziz yang baru sahaja sedikit sihat
selepas terkena serangan jantung nampaknya tidak dapat menahan diri dari
membuka mulut apabila Presiden UMNO, Dato' Seri Najib Tun Razak bercakap
perihal jasa dan khidmat bakti UMNO dan BN kepada rakyat.
Marah benar Nik Aziz bila jasa dan bakti
UMNO menjadi sebutan ramai, tambah membara kemarahannya bila sekelumit zarah
pun orang ramai tak berminat memperkatakan jasa PAS untuk agama, bangsa dan
negara.
Nak buat macam mana? Dulu hingga sekarang
rakyat Malaysia terutama sekali orang Melayu Islam sudah lama tercari-cari apa
bagusnya PAS berbanding UMNO, namun tak ketemui kecuali yang banyak kelihatan
ialah ceramah politik sambil meminta derma dari rakyat, itu sahaja.
Hakikatnya bila dihitung jasa UMNO &
BN jika dibanding dengan jasa PAS, memang jauh langit dengan bumi. Bermula dari
hal-hal memperjuangkan kemerdekaan sehinggalah memartabatkan Islam, semuanya datang
dari usaha UMNO.
Hatta dalam bab mengangkat imej dan maruah
sukan bolasepak Kelantan pun terhasil dari daya usaha UMNO dan pemimpinnya, nak
harapkan Nik Aziz dan PAS jenuhlah siang malam dihidangkan dengan ceramah
politik saja, mana mahunya ada kemajuan.
Namun tak dinafikan, PAS di Kelantan pun
ada juga jasanya misalnya dalam hal-hal menyemarakkan perpecahan orang Melayu
Islam sama ada di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar.
Jasa sebegini memang sudah terbukti tak
dapat ditandingi UMNO, bukan sahaja kerana UMNO tidak berminat mempraktikkannya
malah juga kerana hal-hal perpecahan ini sudah mutlak milik PAS.
Lahirnya PAS itu sendiri hasil dari
memecah belahkan perpaduan ummah dengan keluar dari jamaah tatkala UMNO dan
orang Melayu Islam sedang di saat genting memperjuangkan kemerdekaan.
Dek kerana sikap pemimpin PAS yang kemaruk
mengejar kuasa dan tidak dapat menerima kekalahan di tangan Tunku Abdul Rahman
sewaktu pemilihan Yang Dipertua UMNO (Presiden), akhirnya pemimpin PAS
mengambil keputusan keluar dari parti dan menubuhkan PAS pada 1951.
Alasan yang berselindung disebalik
perjuangan Islam digunapakai untuk melemahkan kekuatan UMNO, maka gembiralah
penjajah British dengan kewujudan PAS kerana percaya dengan adanya PAS bakal
melambatkan proses kemerdekaan yang dituntut oleh orang Melayu Islam.
Pemimpin PAS ketika itu tanpa mengambil
kira masa depan orang Melayu Islam telah menyebarkan fahaman "apa guna
negara merdeka jika sebatang jarum pun orang Melayu tidak reti buat,"
dalam usaha mereka untuk memperlekehkan perjuangan kemerdekaan yang dituntut
oleh UMNO.
Alhamdulillah, niat jahat British yang
mengambil kesempatan dari kewujudan PAS tidak menjadi kenyataan, jika tidak
sekarang ini kita mungkin masih lagi menjadi sebahagian dari jajahan British
ataupun sudah termasuk dalam jajahan Melayu Raya Indonesia yang berpegang pada
fahaman sekular pancasila.
Selepas negara kita merdeka PAS sepertinya
tidak berpuas hati lagi, berikutan itu disebarkan pula fatwa karut politik
konon sesiapa saja yang menyokong Perikatan (UMNO, MCA & MIC) hukumnya
kafir, impaknya menyebabkan banyak ikatan persaudaraan antara orang Islam
tergugat.
Hari ini PAS yang merupakan sebahagian
dari pakatan pembangkang sibuk pula mahu menjatuhkan Kerajaan Pusat yang
diterajui UMNO konon atas nama membanteras kezaliman. Walhal selama PAS bersama
Pakatan Rakyat, segala kesucian Islam dan hak orang Melayu hampir ranap
dikerjakan dek kerana terikut kehendak DAP.
Kalimah suci Allah s.w.t diperdagangkan
untuk undi orang Kristian, akidah Islam digadai konon atas nama kebebasan agama
manakala beribu ekar tanah di Kelantan pula kini diserah milik untuk
kepentingan kroni terutama Cina DAP dan Cina Singapura.
Dan kini PAS melalui adik Nik Aziz yang
bernama Nik Razi pula mempropagandakan doa politik meminta Allah s.w.t
menghancurkan saudara seagama dalam UMNO dihancurkan sama seperti Namrud dan
Firaun.
Sahihlah nawaitu kewujudan PAS atas muka
bumi ini lebih membawa kepada perpecahan sesama saudara seagama bernading
menyeru kepada secara hikmah ke arah kesedaran dan perpaduan sesama Islam.
Langsung tak membawa manfaat untuk
kepentingan Islam mahupun umatnya.
Justeru itu, diharapkan Nik Aziz usahlah
terlalu marah atau berang tak ketepian bila jasa bakti PAS untuk kebaikan orang
Melayu Islam amat jarang diperkatakan ramai.
Sekurang-kurangnya jasa dan trademark PAS
sebagai pemecah belah ummah ramai juga orang ingat, tak begitu?
0 comments:
Post a Comment