Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, October 10, 2012

NGO PELANCONGAN PAHANG MENYOKONG LYNAS?

Gambar hiasan



Bukanlah menghairankan lagi bila persatuan-persatuan atau NGO menyokong pembangkang dalam politik dewasa ini. Namun perbuatan pengerusi sebuah persatuan pelancongan di Pahang menyebarkan naskah berupa  'hasutan' kepada ahli-ahlinya adalah amat tidak sesuai sebagai badan NGO yang disokong oleh kerajaan dengan menerima dana dan geran bagi menggerakkan dan memajukan persatuan mereka.

Oleh yang demikian, pengerusi persatuan berkenaan disarankan supaya memohon maaf kepada Menteri Besar Pahang dan Kerajaan Pahang secara terbuka atas hasutan mereka dalam isu Lynas baru-baru ini. Jika pihak berkenaan gagal berbuat demikian, kerajaan disarankan supaya menghentikan pemberian geran dan sumbangan kepada badan berkenaan serta merta sebagai hukuman dan tindak balas kerana tindakannya yang bukan sahaja tidak menyokong kerajaan malahan menghasut supaya rakyat menentang kerajaan.

Berikut adalah isi naskah yang disebarkan kepada ahli-ahli persatuan pada tarikh 9hb Oktober lalu:


ADAKAH KITA BENAR-BENAR BODOH ?


Ketua Pengarah AELB mengatakan bahawa sisa pemprosesan LAMP adalah selamat sehingga boleh ditabur merata-rata sedangkan kerajaan Republik China telahpun menghentikan perlombongan nadir bumi ( rare earth )di negara mereka.JIKA ANDA PERCAYAKAN KATA-KATANYA , MAKA ANDA SEMEMANGNYA BODOH

Kerajaan Malaysia adalah penandatangan kepada “Basel Convention” yang mengharamkan pemindahan bahan dan sisa radioaktif melangkau sempadan, tetapi Menteri kita mengatakan Lynas akan membawa sisa radioaktif LAMP keluar daripada Malaysia!JIKA ANDA PERCAYAKAN KATA-KATANYA MAKA ANDA SEMEMANGNYA BODOH

Kita semua telah dimaklumkan melalui lapuran akhbar The New York Times pada bulan Mac yang lepas bahawa kilang nadir bumi ( rare earth ) yang terbesar di dunia sedang dibina di Gebeng, Kuantan. Jika anda masih percaya bahawa kerajaan Malaysia adalah telus maka ANDA SEMEMANGNYA BODOH!

Walaupun semakin ramai rakyat Malaysia bangkit untuk menentang Lynas, namum AELB masih berdegil dan tetap mengisukan TOL kepada Lynas! Jika anda masih percayakan alasan demi alasan mereka maka anda sememangnya bodoh.

Jika anda terus diperlakukan seperti orang bodoh dan nyawa serta keselamatan anda dan keluarga diperjudikan, apakah yang harus anda lakukan?

Pada 10/10/2012 ( Rabu ) media tempatan dan antarabangsa akan membanjiri Mahkamah Tinggi Kuantan untuk membuat liputan kes permohonan Lynas untuk mencelah di dalam prosiding undang-undang yang difailkan oleh penduduk Kuantan bagi menghalang penduduk Kuantan daripada memperolehi penggantungan kekal TOL mereka.

Kami menyeru semua penduduk Kuantan dan kawasan sekitarnya untuk bangkit dan hadir di Mahkamah Tinggi Kuantan jika anda benar-benar marah dan ingin menghalang sebuah syarikat asing daripada menghancurkan bukan sahaja bumi Kuantan tetapi juga tanahair kita.
AYUH BANGKIT dan maklumkan kepada keluarga, sahabat dan jiran anda dan pastikan Lynas KELUAR dam menghadiri di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuanntan untuk menghantar mesejkepada semua yang berkenaan bahawa kami TAK NAK Lynas di  bumi Malaysia !

Makamah Tinggi Kuantan terletak di sebelah JPJ ,Indera Mahkota
Untuk maklumat selanjutnya sila hubungi talian SMSL 0129823302

- Admin PahangKu.

0 comments:

share2