Orang Melayu akan kekal dominan dalam
pemerintahan negara ini sekiranya UMNO terus mampu menjadi sebuah parti
yang kuat dan disegani.
Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkembangan yang
berlaku kebelakangan ini jelas menunjukkan hanya UMNO yang boleh diharap
bagi menjaga kepentingan orang Melayu dan kesucian agama Islam termasuk
kedaulatan institusi raja-raja Melayu.
''Orang Melayu perlu berpegang pada teras perjuangan UMNO yang
mengajak semua pihak bersatu padu, bermuafakat dengan meletakkan
kepentingan bangsa, agama dan negara pada kedudukan teratas," katanya.
Adnan berkata, sehubungan itu, UMNO perlu mengukuhkan perpaduan dalam
memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
''Budaya UMNO sejak zaman Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman
sehinggalah sekarang adalah sentiasa bekerja dan berjuang untuk
rakyat," katanya.
Beliau juga meminta rakyat supaya bersyukur kerana mempunyai Perdana
Menteri seperti Datuk Seri Najib Tun Razak yang sentiasa peka dan sedar
masalah setiap lapisan rakyat. Adnan juga berharap rakyat terus menyokong usaha kerajaan BN termasuk
di negeri ini bagi memudahkan kerajaan melaksanakan agenda pembangunan
dengan lancar.
''Justeru saya harap calon-calon yang diketengahkan nanti pada
pilihan raya umum akan datang mendapat sokongan padu pengundi di seluruh
negeri ini.Kemenangan besar kita akan memberi isyarat tentang kemahuan rakyat
yang mahukan kesinambungan pemerintahan demi pembangunan negeri,"
ujarnya.
0 comments:
Post a Comment