Kerajaan Negeri Pahang akan membatalkan bekalan air mentah ke
Selangor jika kerajaan negeri itu tidak membenarkan pembinaan projek
Loji Bekalan Air Langat Dua diteruskan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, perkara itu
akan dilaksanakan jika Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
terus berdegil dengan tidak membenarkan pembinaan logi tersebut.
"Walaupun sudah bertukar kerajaan, Menteri Besar Selangor sekarang
sepatutnya menghormati perjanjian bekalan air mentah ke negeri itu dan
juga Putrajaya serta Kuala Lumpur.
Saya berharap kerajaan Selangor tidak menjadikan bekalan air
mentah itu sebagai isu politik," katanya kepada pemberita selepas
merasmikan Mini Maha 2012 dan Jelajah Kesihatan Peringkat Daerah
Bentong di Dataran Bentong.
0 comments:
Post a Comment