Oleh: Beruang Biru
Biasanya apabila sesuatu binaan atau bangunan tiba-tiba runtuh di
negeri yang diperintah oleh BN, para penyokong pembangkang khususnya dari PAS
akan segera 'memfatwakan' kejadian tersebut sebagai bala ataupun tanda
kemurkaan Allah s.w.t terhadap pemimpin BN.
Namun bilamana sebuah masjid di Kelantan tiba-tiba jatuh kubahnya
akibat angin ribut, apa pula petandanya yang mahu ditunjukkan oleh
Allah s.w.t terhadap Nik Aziz Nik Mat yang sudah 22 tahun bergayut pada kerusi
empuk sebagai MB Kelantan?
Takkanlah pula disebabkan kubah masjid yang jatuh itu kebetulan
berlaku di Kelantan, maka secara automatik penyokong PAS sekadar memandang
ringan peristiwa tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata?
Sedangkan sewaktu sebuah masjid di Port Dickson pada pertengahan
tahun lepas pernah mengalami peristiwa sama telah sengaja dipropagandakan
sebagai oleh PAS dan PKR kononnya itulah petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap
DS Najib.
Manakala keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di
Gong Badak, Terengganu pula pernah dipropagandakan oleh penyokong PAS sebagai
petanda murka Allah s.w.t terhadap MB Terengganu selain dikaitkan sebagai
berleluasanya rasuah dalam meluluskan sesuatu projek.
Kenapa tidak kali ini, peristiwa kubah berpusing-pusing sebelum
jatuh di perkarangan Masjid Mukim Padang Pauh, Pasir Mas itu dikaitkan dengan
petanda kemurkaan Allah s.w.t terhadap sikap Nik Aziz dan pemimpin PAS yang
gemar memutar belitkan ayat Al-Quran dan Hadith untuk kepentingan politik
parti.
Barangkali juga, kubah uzur yang jatuh itu membawa maksud,
disebabkan Nik Aziz gagal menjalankan tanggungjawab menaiktaraf kualiti hidup
rakyatnya, maka akibatnya pada PRU 13 nanti dirinya akan jatuh terhumban dari
puncak kuasa.
Hakikatnya, bala atau petanda, ujian atau sebaliknya hanya Allah
s.w.t sahaja yang mengetahui kebenarannya. Kita boleh membuat pelbagai
tafsiran, betul atau tidak bukan kita yang mampu tentukan.
Tatkala tokong berhala besar di sekitar Tumpat, Kelantan boleh
menerima puluhan ribu ringgit duit sumbangan saban tahun dari kerajaan negeri
dan pemimpin PAS Kelantan, peliknya sumbangan yang sama untuk Rumah Allah s.w.t
bagi tujuan selenggara dan baik pulih gagal pula dilaksanakan.
Yang pastinya, masjid yang telah dibina pada 1977 itu hanyalah
secebis bukti betapa gagalnya Nik Aziz dan PAS dalam menjaga rumah Allah s.w.t.
0 comments:
Post a Comment