Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 15, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Wilayah Juara Keseluruhan Acara Badminton


KUANTAN - Wilayah Persekutuan muncul juara keseluruhan acara badminton Sukan Malaysia 2012 Pahang apabila Zulfadli Zulkifli menyumbangkan emas terakhir dalam acara perseorangan lelaki Sabtu.

Zulfadli mempamerkan permainan agresif telah menewaskan pemain perseorangan dari Johor Baharu, Tan Kian Meng dengan catatan mata 21-14 pada set pertama perlawanan.

Pemain muda itu kelihatan berang dengan kekalahan pada babak kedua perlawanan, 13-21, bagaimanapun bangkit kembali menundukkan Tan dengan kemenangan 21-7 di set ketiga.

"Memang saya jangka perlawanan hari ini sangat sengit. Tan pemain yang bagus sebab dia boleh baca permainan saya, dia juga mempunyai kelebihan daripada aspek ketinggian," katanya kepada pemberita di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini.

Zulfadli meraih pingat emas manakala pingat perak dan gangsa, masing-masing disandang oleh Johor menerusi Tan dan Iskandar Zulkarnain Zainuddin.

Iskandar menewaskan pemain Sabah, Lim Yu Fu dengan 21-16 dan 21-18 dalam masa 31 minit.

Wilayah Persekutuan menutup tirai acara badminton dengan meraih tiga pingat emas dan satu pingat perak. Selangor ditempat kedua dengan pungutan dua pingat emas dan dua pingat gangsa. Manakala Melaka di tempat ketiga, satu pingat emas dan satu gangsa.

0 comments:

share2