Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 16, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Kedudukan Pungutan Pingat (16 Julai 2012)


KUANTAN - Menjelang hari terakhir kutipan pingat Emas sempena temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang hari ini menyaksikan Terengganu terus mendahului carta pendahulu.

Mereka setakat ini telah berjaya mengutip sebanyak 65 pingat Emas, 24 pingat Perak dan 30 pingat Gangsa sehingga jam 12.00 tengah malam tadi.

Jumlah tersebut menjauhkan lagi jurang perbezaan dengan pasukan kedua yang turut berada ditangga carta iaitu Selangor.

Selangor setakat ini berjaya mengutip 47 pingat Emas manakala pingat Perak sebanyak 53 dan Gangsa sebanyak 58.

Bagi pasukan Tuan Rumah, Pahang pula masih kekal ditangga ketiga dengan jumlah kutipan pingat Emas sebanyak 44, Perak 42 dan Gangsa 37.

Hari terakhir bagi acara Sukan Malaysia 2012 Pahang ini akan menyaksikan perlawanan bagi acara Squash dan Gimrama sebelum majlis Perasmian Penutup diadakan jam 8.45malam ini.

0 comments:

share2