Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 12, 2012

@SukanMsiaXVPhg : Pulau Pinang Rangkul Pingat Emas Boling Campuran


KUANTAN - Nur Amirah Auni Azman dan Yam Khai Dong dari Pulau Pinang berjaya merangkul pingat Emas digelanggang Boling Mega Lane, Berjaya Megamall, Kuantan semalam.

Mereka menjadi juara setelah berjaya mengutip jumlah jatuhan pin sebanyak 2549 lewat malam semalam seterusnya memintas pendahulu acara dari Wilayah Persekutuan.

Pasangan dari Pulau Mutiara itu merupakan diantara pasukan akhir yang mula bermain lewat jam 7.30 malam semalam. Sebanyak 83 pasangan turut berentap bagi acara Mixed Double semalam.


Pingat Perak pula menjadi milik pasukan Wilayah Persekutuan yang diwakili oleh Radin Nur Najwa Arifah dan Muhammad Rafiq Ismail dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2532.

Manakala ditempat ketiga pula dimenangi oleh pasangan dari Johor, Nurul Atiqah Ahmad dan Khairul Diaz Din dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2512.

Mereka berjaya mengenepikan pasukan Pahang yang diwakili oleh Faten Najihah Ahmad Faik dan Johnathan Chan Tian Sheng dengan perbezaan jatuhan pin sebanyak 31 sahaja.

Hari ini, acara sukan Boling terus berlangsung di arena Mega Lane, Berjaya Mega Mall, Kuantan bagi kategori Trio.

0 comments:

share2