Siti Aishajan (kanan) dan Siti Aishatun |
KUANTAN - Kehadiran pasangan kembar, Siti Aishajan Binti Hussin dan Siti Aishatun Binti Hussin di arena Boling, Mega Lane, Berjaya Megamall, Kuantan menambahkan keceriaan temasya Sukan Malaysia 2012 Pahang kali ini.
Gelagat dan aksi mereka sering kali menjadi bahan bualan kerana rupa paras mereka benar - benar seiras diantara satu sama lain.
Mengakui bahawa ini bukanlah kali pertama mereka menyertai Sukan Malaysia, anak - anak gadis berusia 18 tahun yang berasal dari Sabah ini jelas sudah biasa disalah anggap.
Ketika ditemui, Siti Aishajan kelihatan lebih petah berbicara dalam bahasa Sabah menjelaskan yang mereka mula bermain boling seawal usia 11 tahun.
"Minat untuk bermain boling ini adalah atas rasa keinginan diri kami sendiri disamping mendapat sokongan dari ibu dan ayah," jelas Siti Aishajan.
Perkara ini jelas apabila kedua - dua ibu dan bapa mereka turut terbang ke Semenanjung menemani anak - anak sepanjang kejohanan Sukan Malaysia berlangsung.
Mereka turut ditemani oleh Ibu, Fauziah Binti Yahya dan Ayah, Hussin Bin Sulaiman sepanjang kejohanan berlangsung |
Mereka yang datang dari Kota Kinabalu Sabah ini juga bukanlah sekadar pendatang baru dalam arena sukan Boling Kebangsaan. Sebaliknya, mereka merupakan generasi Pelapis kepada Skuad Kebangsaan sedia ada.
Ketika ditanya sejauh mana penglibatan mereka diperingkat Kebangsaan, Siti Aishajan menjelaskan yang mereka turut serta mewakili Negara diperingkat antarabangsa.
"Diiantara kejohanan dan acara peringkat antarabangsa yang pernah kami sertai ialah Ancol Open di Jakarta sewaktu tingkatan 2. Tapi kami sekadar menduduki tempat ke-4.
Selain itu, sewaktu berada ditingkatan 3, kami menjalani latihan boling peringkat antarabangsa, Asian School Bolwing di Hong Kong mewakili Malaysia," tambah beliau lagi.
Kedua - dua pasangan kembar ini juga turut mewakili Negara dalam acara Singapore Open pada tahun 2011.
0 comments:
Post a Comment