Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, April 20, 2012

PTPTN Menghantui Pembangkang


Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didesak menghapuskan semua bayaran yang dikenakan kepada pelajar di Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias) dan Maahad Darul Anuar yang dikendalikan ahli keluarga beliau.

Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi membuktikan bahawa Pas dan sekutu pembangkangnya memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.

Beliau berkata, desakan pembangkang supaya kerajaan Barisan Nasional (BN) memansuhkan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Negara (PTPTN) tidak bermakna sekiranya mereka sendiri tidak mampu melaksanakan sistem pendidikan percuma.

"Kita mahu Pas buktikan dulu di Kelantan, beri pendidikan percuma di Kias yang dikendalikan kerajaan Pas Kelantan melalui Yayasan Kelantan Darul Naim (Yakin).

Puak pembangkang ni patut didesak oleh Kerajaan supaya barulah rakyat boleh nampak kebenaran. Selama ini mereka mencipta ilusi seolah olah Kerajaan ini zalim padahal merekalah yang sebenarnya zalim dan tidak berperikemanusiaan. Mereka meminta Kerajaan memansuhkan PTPTN sedangkan PTPTN itulah yang banyak membantu anak orang miskin untuk belajar di IPT. Sedangkan semua yuran yang dikenakan pemimpin PAS ternyata menyusahkan pengikut sendiri.

1 comments:

share2