Oleh Beruang Biru
Semakin dekat desas
desus pilihan raya umum dan semakin kuat khabar angin mengenainya bertiup,
semakin kuatlah pihak pembangkang membuat janji-janji manis.
Malang, kesemuanya
hanya tinggal manis pada bibir sahaja kerana hakikatnya ia adalah palsu dan
sekadar halwa telinga semata-mata.
Paling kedepan dalam
membuat janji-janji palsu ini ialah tidak lain tidak bukan Ketua Pembangkang,
Anwar Ibrahim.
Anwar menjanjikan
bulan dan bintang kepada rakyat kerana mahu tagih undi daripada rakyat.
Impiannya untuk
menjadi Perdana Menteri dan duduk di kerusi empuk Putrajaya masih hangat
membara, walaupun sebenarnya semakin hari harapan tersebut semakin pudar.
Ke mana-mana sahaja
beliau pergi dalam siri ceramah dan jelajah bertemu penyokong, tidak ada bukti
tentang kemajuan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat kecuali janji-janji untuk
mengelirukan rakyat.
Anwar memang pandai
berpidato dan menabur janji, sebab itu kelebihan ini digunakan sepenuhnya.
Antara janji pertama
yang seringkali ditabur kepada orang-orang kampung ialah Pakatan Rakyat akan
menurunkan harga minyak sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri.
Lihat betapa
teringinnya Anwar kepada jawatan Perdana Menteri hingga sanggup membuat janji
yang tidak masuk akal.
Alasan yang diberi
Petronas memperolehi keuntungan puluhan bilion ringgit setiap tahun dan atas
alasan itu harga minyak seharusnya diturunkan.
Walaupun mendabik dada
lapan tahun menjadi Menteri kewangan, malangnya Anwar menunjukkan pemikiran
cetek dan terlalu asas dalam hal pengurusan kewangan negara.
Kalau begitulah cara
beliau berfikir, tidak payahnya susah-susah menjadi Menteri Kewangan untuk
mengeluarkan buah fikiran sebegitu rupa.
Semua rakyat faham,
harga minyak petrol, disel dan lain-lain bahan api di dalam pasaran bergantung
secara keseluruhannya kepada harga di pasaran dunia.
Walaupun Malaysia
secara amnya masih menjadi negara pengeksport minyak mentah, namun harga bahan
api di pasaran tempatan tetap berkait rapat dengan pasara dunia.
Sebab itulah kerajaan
tetap memberi subsidi dalam jumlah yang besar walaupun harga minyak terpaksa
dinaikkan.
Cadangan Anwar untuk
menurunkan harga minyak, tidak berpaksi kepada realiti kewangan negara dan pada
jangka panjang akan melemehkan kedudukan ekonomi Malaysia.
Tengok sahaja di
Selangor bagaimana Pakatan Rakyat mentadbir negeri terkaya di Malaysia
tersebut.
Kalaulah Pakatan
Rakyat berbangga sangat kerana rizab kerajaan negeri telah mencecah lebih RM1.2
bilion di bawah pentadbirannya, mengapa perlu menambah hutang sebanyak RM200
juta hanya untuk mensubsidi air percuma yang dijanjikan kepada rakyat?
Jika setiap janji
Pakatan Rakyat semasa kempen pilihan raya memerlukan penambahan hutang maka
lambat laun negeri yang paling kaya sekali pun akan jatuh bankrap!
Ini baru termasuk
janji air percuma, bagaimana pula bermacam-macam lagi janji hendak beri percuma
itu dan ini, seperti khairat kematian, pelajar univerisiti, bayi baru lahir,
bantuan warga emas dan sebagainya.
Pakatan Rakyat tidak
pernah mendedahkan kepada rakyat apakah sumber-sumber kewangan yang diperolehi
dan bagaimana cara untuk mengotakan semua janji-janjinya itu.
Kini yang dibaca di
dalam laporan media, Pakatan Rakyat bercadang untuk menjual tanah dan aset
negeri kononnya untuk pembangunan, sampaikan bangunan dan tanah menempatkan
pelajar miskin di bawah Yayasan Selangor di Kampung Pandan ingin dijual kepada
syarikat swasta.
Inilah cara Anwar
mengurus kewangan negeri Selangor selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.
Bunyi jawatannya amat
gah dan mengerunkan tetapi ide yang diberikan untuk bangunkan ekonomi akhirnya
hanya akan merugikan negeri dan negara.
Mungkin sebab itu
mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menganalisis Anwar
sebagai seorang Menteri Kewangan yang gagal!
0 comments:
Post a Comment