Beberapa laman blog menyiarkan berita dan klip video berkenaan perbahasan di Parlimen dimana DS Anwar Ibrahim seperti biasa cuba meletakkan kesalahannya kepada pihak lain dalam isu sokongannya terhadap regim Israel.
Malangnya kebanyakkan Ahli-ahli Perlimen Kerajaan hanya mengambil sikap diam membisu mungkin kerana mengambil langkah selamat dan enggan terjebak dalam persengketaan yang akan berpanjangan. Keadaan itu sungguh memalukan BN dalam perbahasan di Parlimen.
Mujur Khairy Jamaluddin atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Rembau yang memegang tanggungjawab sebagai Ketua Pemuda berani berdiri dan berhadapan dengan Anwar serta mematahkan hujah dan pembohongan Anwar Ibrahim. Mungkin ada pihak berpendapat sikap Khairy itu biadap namun kita percaya kebiadabannya adalah harus bagi menutup kebiadaban DS Anwar Ibrahim sebelumnya.
Mungkin BN sudah perlu memikirkan antara kreteria calon sebagai wakil rakyat adalah keupayaan berhujan dan menyampaikan pendapat dengan berani dan menyakinkan selain dari keupayaan menjalankan tugas dan khidmatnya kepada rakyat.
Dan memang Pemuda UMNO perlukan pemimpinnya yang berani bukan saja menentang lawan bahkan jadi suara pendesak didalam parti dan kerajaan sendiri. Pemuda UMNO sudah lama kehilangan pemimpin yang tegas dan berani seperti Allahyarham Syed Albar dan Harus Idris yang sinonim dengan gelaran Singa UMNO.

0 comments:
Post a Comment