Sdr Shaidi Hussin, bekas Pengawal Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
Malam kelmarin, (9hb Mac 2012) di Taman Sri Semantan, Temerloh diadakan ceramah yang bertujuan memberikan penerangan mengenai isu politik semasa menjelang PRU akan datang dalam program bernama Ceramah Bongkar Perdana.
Sdr Shaidi Hussin, bekas Pengawal Datuk Nik Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan memulakan ceramah dengan membongkar kisah dalaman Pas. Bagaimana Pas sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam namun gagal bertindak berlandaskan Islam apabila musibah menimpa mereka.
Beliau menceritakan bagaimana beliau 'menangkap' seorang Adun Pas yang berkhalwat didalam keretapi dan membawa kemakluman Nik Aziz namun atas pertimbangan politik keesokkannya Nik Aziz tidak mengambil sebarang tindakan yang berlandaskan Islam tertahap tertuduh bahkan menyatakan bahawa dosanya telah Allah ampunkan.
Suhaimi Shuib menceritakan kisah dan penyesalan rakyat Kedah kerana telah memberikan undi mereka kepada Pas dalam PRU12 lalu. Kini rakyat Kedah benar-benar insaf dan berilktizam untuk tidak lagi memberikan sokongan kepada Kerajaan Pas Kedah sebaliknya akan memnberikan sokongan dan mengundi Kerajaan Barisan Nasional semula.
Sdr. Muhammad Zahid Mat Arif, bekas Timb. Ketua AMK Keadilan menceritakan kisah susah-payahnya berjuang dalam keadailan namun akhirnya sedar bahawa perjuangannya hanyalah sia-sia kerana yang diperjuangkan dan pertahankannya adalah seorang tokoh munafiq yang tidak boleh dipercayai, yang sanggup melakukan apa saja demi mencapai cita-cita gilanya untuk menawan Putrajaya seterusnya menjadi Perdana Menteri.
Beliau juga turut mencabar Anu arr supaya menyaman Datuk Eskay apabila beliau melakukan sumpah laknat bahawa invididu didalam klip video yang disebarkan adalah beliau sendiri dan pelakon utama yang lakukan adegan seks itu adalah Anu arr, namun oleh kerana ianya benar Anu arr hanya mendiamkan diri dan tidak berani bersumpah balas serta tidak mengambil tindakan menyaman.
Beliau juga dicabar untuk menyaman Ummi Hafilda apabila mendakwanya melakukan perbuatan sumbang dengan Isteri kepada Azimin Ali. Demikian perangai Anu arr, apabila beliau bersalah maka dia akan sewenang-wenangnya menuding jari kepada orang lain. Ini bukanlah pemimpin yang kita ingini. Diantara DS Najib dan Anu arr, nyata bahawa DS Najib seribu kali lebih baik dari Anu arr yang tiada sesiapa yang boleh dan patut mempercayainya.
Dato' Mohd Sharkar Shamsudin turut hadir diceramah berkenaan
Saksikan keBenaraN bahawa Pas hanyalah peralatkan Islam demi kekuasaan
Cincin 24juta?
Sdr Suhaimi Shuib
Sdr. Zahid Mat Arif
Pengerusi majlis yang berusaha keras pada malam berkenaan
Sebahagian petugas Puteri yang mengendalikan pertandingan mewarna,
kuiz dan cabutan nombor bertuah
0 comments:
Post a Comment