Kalau saya tidur di hotel-hotel saya tidak mahu dikunjungi atau cuba mencari-mencari teman "satu malam", saya tidak mahu ambil risiko itu. Dan apabila saya ditemani oleh isteri saya sudah tentu risiko itu tidak akan menimpa saya.
Dan kalau saya terpaksa pergi ke kawasan luar yang boleh balik hari dan jika isteri saya tidak boleh menemani saya, saya pastikan bahawa apabila selesai tugas yang saya lakukan, saya akan terus kembali ke rumah saya.
Sejak setahun dua ini, kehidupan saya sudah saya curahkan untuk perjuangan. Hampir setiap hari saya menerima jemputan dari kawan-kawan dari seluruh Negara. Saya lebih senang menerima panggilan jemputan itu dengan membawa isteri saya. Biarlah saya kena berbelanja besar sedikit asalkan isteri saya dapat bersama saya.
Pada 24, 25 dan 26 Februari lau didalam Temurapat Pimpinan PKR, saya tetap bawa isteri saya. Kalau saya bersendirian, tempat penginapan saya adalah percuma; tetapi dengan membawa isteri, saya dikenakan tambahan RM360.00. Saya pilih membayar RM360.00 supaya isteri saya dapat bersama saya.
Apa orang nak kata, katalah asalkan saya dan isteri saya bahagia, dan saya terus dapat memberikan khidmat yang berkesan kepada parti.
Dengan adanya isteri saya bersama saya, dia telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga dairy saya, dia juga mampu membawa kereta berglir-gilir dengan saya; yang lebih penting dia boleh mengingatkan kepada saya akan makanan yang sesuai untuk saya memandangkan umur saya yang sudah lanjut, tidak ketinggalan juga dia mengingatkan saya akan obat yang mesti saya ambil.
Isu-isu yang boleh memalukan diri saya, keluarga saya dan parti saya tidak mungkin akan berlaku apabila isteri saya akan sentiasa bersama saya. Jika ada yang tidak setuju dengan pandangan saya ini, buatlah pilihan sendiri asalkan boleh menjaga nama baik diri, keluarga dan parti, ok? - Sumber
Ps: Kalau seorang muslim biasa pun boleh faham dan tahu pasal bab hukum bedua - duaan dalam bilik, takkan orang yang bergelar Ustaz tak faham pulak kot? Pelik.
0 comments:
Post a Comment