Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 17, 2012

Perbuatan Pemimpin PAS Mencemar Kesucian Islam


Tindakan parti politik menggunakan Islam untuk kepentingan sendiri telah membuka ruang kepada bukan Islam untuk menyalahgunakan ajaran agama itu bagi tujuan sama.

Menurut Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah, Datuk Abd. Latiff Kandok, golongan bukan Islam akan meniru konsep yang digunakan parti politik itu dan menterjemahkan ia mengikut fahaman logik mereka sendiri.

"Parti politik sepatutnya berdiri dengan kemampuan sendiri dan bukan mengambil jalan mudah dengan menggunakan agama sebagai senjata bagi mencapai tujuan peribadi.

"Jika mereka betul-betul mahu menggunakan ayat al-Quran atau hadis dalam ceramah, baca keseluruhan ayat itu bagi memastikan maksud dan mesej ayat suci itu disampaikan dengan jelas," katanya.

Pemimpin parti-parti politik memang gemar menggunakan ayat al-Quran dan hadis ketika menyampaikan ceramah bagi menonjolkan imej yang bersih dan kononnya berjihad di jalan Allah.

"Malangnya, mereka hanya membaca sebaris dua ayat suci itu dan akibatnya terdapat perwakilan mereka yang bukan beragama Islam membaca ayat al-Quran tetapi tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Kongres India Muslim Malaysia (Kimma), Amir Amsa Alla Pitchay berkata, parti politik sepatutnya bersikap matang dan tidak mengambil jalan mudah dengan menggunakan agama Islam bagi mendapat sokongan masyarakat.

"Skop ajaran Islam itu luas dan bukan sekadar membaca ayat daripada hadis dan al-Quran apabila berucap di khalayak ramai.

"Orang ramai tidak mudah terpengaruh dengan terus menyokong parti politik yang mengaitkan ceramahnya dengan ayat al-Quran semata-mata. Mereka turut melihat sikap dan peribadi ahli politik itu," katanya.


Tambahnya, masyarakat boleh berfikir dan menilai perjuangan sebenar parti politik itu, misalnya apabila pemimpinnya membaca ayat al-Quran dan hadis ketika berucap, tetapi dalam masa sama mereka turut memburuk-burukkan parti lain.

Katanya, secara tidak langsung tindakan itu memburukkan imej parti sendiri kerana masyarakat mengetahui bahawa ajaran Islam tidak pernah membenarkan manusia menghina pihak lain walaupun berlainan agama.

0 comments:

share2