Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, January 17, 2012

Isu Murtad Perlu Di Bendung



BENTONG - Kebimbangan dikalangan masyarakat terhadap isu murtad dikalangan umat Islam di Negara ini dilihat semakin meruncing dan merisaukan.

Kebimbangan tersebut turut dikongsi oleh YAB Dato' Sri Diraja Haji Adnan Bin Haji Yaakob yang juga merupakan Menteri Besar Pahang di Pelangai baru - baru ini.

Isu Murtad ini, kata beliau, tambah meruncing apabila wujudnya Persatuan Melayu-Kristian di Negeri Selangor pada ketika ini.

"Apa puncanya ramai orang Melayu hari ini memeluk agama Kristian? Pertamanya sebab didikan agama tidak ada. Tidak mengenal Allah, tidak mengetahui rukun - rukun Islam dan rukun Iman.

"Kemudian sebab mereka ini dibelenggu kemiskinan dan pihak tertentu telah mengambil kesempatan ke atas mereka," demikian kata beliau ketika menyampaikan ucapan dalam Program Mengacau Bubur As-Syura DUN Pelangai.


Isu berkaitan dengan perkara ini juga telah dibawa ke perhatian Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) ketika beliau menghadiri mesyurat bersama majlis tersebut baru - baru ini.

Sewajarnya perkara ini perlu dibendung dan tidak dibiarkan ianya menular dan menjadi kebiasaan dikalangan masyarakat di Malaysia hari ini.

Ianya sedikit sebanyak mampu menganggu gugat kestabilan dan keamanan Negara secara tidak langsung dimasa akan datang.


Program mengacau bubur As-Syura ini telah dihadiri oleh penduduk - penduduk disekitar kawasan DUN Pelangai termasuk dari kalangan masyarakat bukan Islam.

0 comments:

share2