Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, January 19, 2012

Penduduk DUN Dong terima BR1M

Datuk Shahiruddin (duduk) membantu seorang warga emas menunaikan baucar BR1M di kaunter CIMB Bank di Dewan Orang Ramai Dong, Raub

Seramai 287 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Dong menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang disampaikan oleh ADUN kawasan berkenaan, Datuk Shairuddin Ab. Moin baru-baru ini.

Mereka merupakan kumpulan pertama daripada 7,313 penduduk daerah itu yang layak menerima bantuan BR1M bernilai RM500 itu.

Salah seorang penduduk, Tunku Hamzah Tunku Yusof, 80, memberitahu, pemberian BR1M membuktikan kerajaan BN prihatin terhadap kehidupan rakyatnya yang susah.

''Bantuan ini amat bermakna kepada saya dan ini menunjukkan kerajaan mengambil berat kesukaran hidup rakyat berikutan kos sara hidup dan harga barang yang semakin meningkat.

''Walaupun nilainya tidak seberapa tetapi ini membuktikan kerajaan tahu ada rakyatnya seperti kami yang perlu dibantu," kata Tunku Hamzah yang berasal dari Kampung Temau.

Seorang penerima BR1M, Mat Dani Sawin, 84, berkata, bantuan itu menunjukkan kerajaan BN menunaikan janji-janjinya untuk memberikan bantuan seperti yang diumumkan dalam bajet tahun lepas.

''Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa mengambil berat masalah rakyat dan sentiasa mencari jalan untuk membantu meringankan hidup dengan memberikan pelbagai bantuan.

''Selain bantuan ini, pelajar sekolah turut dibantu dengan memberikan wang tunai termasuk bantuan pakaian dan kelengkapan sekolah serta menyediakan barang keperluan dapur pada harga yang murah," kata Mat Dani.

0 comments:

share2