Peluang kanak- kanak dan remaja di daerah ini untuk membuktikan kebolehan mereka dalam permainan bola sepak terbuka luas apabila kelab bola sepak tempatan, First Touch mencari bakat-bakat baru pada Sabtu ini.
Presiden kelab tersebut, Mohd. Fuzy Abu Bakar berkata, sesi pencarian itu akan diadakan pada pukul 5 petang di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 2 serta terbuka kepada mereka yang berumur lapan, 10, 12 dan 15 tahun dengan menyasarkan seramai 200 peserta.
Menurutnya, kelab yang ditubuhkan lebih 20 tahun lalu berjaya melahirkan pemain bola sepak terbaik sehingga ada antara ahlinya memasuki sekolah sukan negara ini.
Tambahnya, ibu bapa yang berminat menghantar anak mereka menyertai kelab tersebut perlu membayar yuran sebanyak RM150 dan yuran bulanan RM40 dengan sesi latihan seterusnya akan diadakan di Padang MPK 1 di sini.
"Para pemain terbabit akan menerima dua set persalinan iaitu jersi, seluar, stokin dan kasut bola tajaan Ambross semasa sesi pendaftaran diadakan di padang tersebut," katanya di sini semalam.
Mohd. Fuzy berkata, pasukan terbabit akan menyertai liga bola sepak di bawah kendalian Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBSNP) yang mana mereka akan dilatih oleh tujuh jurulatih bertauliah.
Tambahnya, pihaknya akan menubuhkan pasukan First Touch remaja yang mana para pemain terdiri daripada umur 16, 17 dan 18 akan menyertai mana-mana liga bola sepak yang dikendalikan oleh PBSNP.
Dalam pada itu beliau memberitahu, sesi pencarian juga turut diperluaskan di Bukit Goh dan Bukit Kuantan di sini bagi membolehkan lebih ramai anak-anak muda menyertainya.
Tambahnya, bagi kedua-dua kawasan terbabit, mereka boleh menghubungi Mohd. Yassin Yusof di talian 019-9322889, Rosli Sidek (019-9584842) dan Rosnita Abdullah (013-9939244).
Sebarang maklumat lanjut berkaitan perkara itu boleh menghubungi Roslan Sugimin di talian 012-9568152 dan Azmi Mahmod (012-9218292).
tarikh nya bila??
masih ada lagi x???