Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, November 21, 2011

Penyokong Pembangkang Ditawarkan Berpindah

Rakyat di daerah ini boleh menjual rumah yang didiami mereka sekiranya takut menerima kesan ekoran pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Syarikat Lynas Corporation Ltd. (Lynas) di Gebeng, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, kerajaan negeri melalui agensi kerajaan di bawahnya sedia membeli rumah tersebut jika ia dijual pada harga berpatutan.

"Operasi kilang Lynas adalah tidak berbahaya kepada orang awam, persekitaran dan pekerjanya kerana ia bukanlah kilang nuklear, tetapi hanya kilang kimia biasa.

"Kalau di Fukushima, Jepun itu betul menghasilkan nuklear, kita tidak. Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) juga tidak akan luluskan Lynas jika ia mengancam keselamatan rakyat.

"Tetapi, jika ada rakyat yang masih takut dengan kilang ini, juallah rumah mereka dengan harga murah, kita sedia membelinya dan boleh menawarkan rumah itu kepada orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Hari Berjalan Kaki Sedunia anjuran Nestle dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) di Taman Gelora di sini, hari ini.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Datuk Zulkifli Yaakob.

Mengulas lanjut Adnan berkata, pembinaan kilang Lynas itu sengaja dijadikan isu oleh pembangkang terutama Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan disokong pula oleh sesetengah pemimpin DAP.

"Ia hanya umpan politik terutama oleh Fuziah yang mahu mengekalkan kedudukannya di Kuantan, sebab itu isu ini (Lynas) dibangkitkan kerana ia adalah berkaitan dengan orang ramai.

"Apa yang kita (kerajaan) lakukan semuanya telah mengambil kira kepentingan rakyat kerana kita tahu hanya kuasa rakyat akan menentukan masa depan kita," katanya.

Beliau dalam pada itu secara sinis mencadangkan kepada pihak yang sering menganjurkan kempen anti Lynas di Taman Gelora di sini supaya mengadakan kempen itu setiap minggu.

"Saya cadangkan kempen ini (anti Lynas) diadakan setiap minggu. Tidak perlu sepanduk-sepanduk, sekadar pakai baju anti Lynas dan berarak di Taman Gelora. Saya juga mahu turut serta dan akan bawa penyokong saya yang pro Lynas, kita sama-sama berjalan kaki, baru muhibah," katanya.

Apalagi si Fuziah nak tunggu. Kalau betul tuduhan yang dibuat itu benar, berpindah sajalah dari Kuantan. Letak jawatan sebagai ahli Parlimen Kuantan, dan keluar terus dari negeri Pahang. Bawa sekali penyokong penyokong kamu tu keluar. Barulah aman negeri Pahang ni nanti.

3 comments:

  • Ray T says:
    November 21, 2011 at 12:41 PM

    Hahahah .. Bodoh betul si jari tengah. Apa kebaikanTelah terima drpd Lynas sampai jadi Pro Lynas...

  • Ray T says:
    November 21, 2011 at 12:41 PM

    Pantat

  • Ray T says:
    November 21, 2011 at 12:41 PM

    Pantat

share2