Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, November 22, 2011

KPUM Bidas Isu Lynas


KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menganggap bahawa isu Lynas yang hangat diperkatakan di Kuantan sehingga ke hari ini sudah tidak timbul.

Pendirian yang dibuat oleh mereka sebelum ini hanya merupakan langkah berjaga - jaga agar pihak Kerajaan tidak meminggirkan soal keselamatan rakyat.

Menurut kata Ketua Pergerakan UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin, mereka membangkitkan isu tersebut sekiranya ada ancaman kepada keselamatan rakyat.

"Setelah mendapat taklimat berserta segala maklumat mengenai projek Lynas ini, ianya tidak membawa masalah yang besar dan tidak mengancam keselamatan orang ramai. Jadi, sudah tidak timbul lagi isu ini," kata beliau ketika ditemui di PWTC baru - baru ini.

Isu berkaitan pembinaan kilang Lynas ini telah dibangkitkan oleh Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh dan dihangatkan lagi sejak tragedi yang melanda Fukushima awal tahun ini.

Pihak Pembangkang di Pahang telah mempergunakan kenyataan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia sebelum ini bagi menimbulkan provokasi yang kononnya mereka juga turut membantah pembinaan kilang tersebut.

Dengan kenyataan terbaru ini, adalah diharapkan agar pihak Pembangkang di Negeri Pahang ini tidak sewenang - wenangnya menyalah tafsirkan pendirian sayap UMNO itu bagi kelebihan politik mereka semata - mata.

0 comments:

share2