Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, November 24, 2011

Kerajaan UMNO / BN Tetap Membantu Golongan Miskin


Kerajaan negeri akan membaik pulih 32 rumah rakyat miskin di 14 kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelai di sini melalui bantuan Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek itu membabitkan perbelanjaan RM160,000 dengan peruntukan RM5,000 bagi setiap rumah.

"Saya berharap rumah dibaik pulih nanti sesuai dengan jumlah RM5,000 diperuntukkan dan mereka yang menerima bantuan ini dapat tinggal lebih selesa," katanya selepas program ziarah di Kampung Lubuk Kulit di sini semalam.

Pada program itu, Wan Rosdy menyampaikan bantuan RM200 dan hamper makanan kepada lapan warga emas di Kampung Beletik dan Lubuk Kulit, dekat sini.

Katanya, projek membaiki rumah warga emas dan penduduk miskin akan dilaksanakan secara bergotong-royong menerusi penyelenggaraan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) masing-masing.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, kerosakan rumah yang dihadapi penduduk berkenaan ialah di bahagian dapur, bumbung, bilik air dan tandas perlu segera dibaiki.

Tambahnya, peruntukan diberi berasaskan laporan yang dibuat oleh ketua kampung dan Penyelia Kemas Kawasan Jelai supaya memastikan bantuan berkenaan sampai kepada kumpulan sasar.

0 comments:

share2