Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, September 13, 2011

MB Pahang Menghargai Pengorbanan Bekas Perajurit Pahang

Satu program pengisian sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Kuanta semalam.

Program tersebut melibatkan Pertubuhan Bekas - Bekas Tentera, Pesara Polis dan juga Pegawai - Pegawai home Guard yang pernah berkhidmat kepada Negara suatu ketika dahulu.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ini turut mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kuantan.




Seramai 2000 orang peserta telah menyertai program yang dianjurkan selama setengah hari ini juga turut mendapat sambutan daripada Pelajar - Pelajar Sekolah disekitar kawasan.

Diantara pengisian Program ialah Sesi Pengkisahan daripada tiga orang Veteran Askar Melayu dan juga Pegawai Polis, Forum Sejarah dan Ucapan Perasmian Penutup oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Dato' Sri Diraja Haji Adnan Yaakob juga turut meluangkan masa beramah mesra bersama peserta - peserta yang hadir sambil memberikan sumbangan kepada mereka.

0 comments:

share2