Kurangnya kesedaran warga muda untuk mengundi pastinya memberikan kesan yang negatif kepada pembangunan Negara.Negara bakal kehilangan pelapis-pelapis kepimpinan yang akan mengambil alih tampuk kepimpinan suatu masa nanti.Aspirasi anak muda tidak lagi menjadi agenda perjuangan. Generasi muda akan terus hanyut ditelan arus ombak globalisasi ,terkapai-kapai dalam menentukan masa depan,hilangnya maruah dan budaya berasaskan ajaran agama dan pastinya ini akan menjejaskan kedaulatan Negara ,kemajuan bangsa dan kesucian agama.
Realiti yang berlaku pada hari ini ramai di kalangan generasi muda yang tidak mempunyai kesedaran tentang pentingnya turut serta dalam proses pilihanraya dengan mengundi.Bahkan ramai di kalangan mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.Kesedaran politik mereka cukup rendah manakala pengetahuan mereka tentang selok belok politik agak dangkal.Mereka langsung tidak berminat untuk mengetahui isu semasa dan hal ehwal politik Negara yang akhirnya menyebabkan mereka menjadi seperti bersifat individualistik,kurang peka ,terus leka dan akhirnya bakal merana.
Jadi,usaha membangkitkan kesedaran warga muda untuk mengundi perlu terus diperkasakan .Generasi muda pada hari ini perlu diberi pendedahan yang lebih meluas dalam memahami peranan mereka sebagai rakyat yang punya hak untuk mengundi.Sebarang usaha untuk membantutkan perkembangan minda dan merencatkan keupayaan berfikir generasi muda perlu disekat dan dihapuskan.Semoga usaha ini mampu membangkitkan kesedaran warga muda untuk mengundi.
Sukar dibayangkan lanskap politik Negara suatu masa nanti seandainya generasi muda ini tidak turun mengundi pada pilihanraya akan datang kerana undi generasi muda memainkan peranan yang cukup penting dalam menentukan lanskap politik negara.
Wahai generasi muda. Ayuh lakukan tanggungjawabmu sebagai seorang rakyat Malaysia.
0 comments:
Post a Comment