Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, July 31, 2011

Penjelasan Isu Lynas : Kegagalan Memperbodoh Penduduk Kuantan


Isu yang sering diperkatakan :

'Radiasi' dari Kilang Lynas sama seperti yang berlaku di Bukit Merah 20 tahun dulu.

Jawapan :

Kilang Lynas yang dibina di kawasan Perindustrian Gebeng Kuantan tidak sama dengan Bukit merah. Pihak AELB telah menjelaskan bahawa kilang di Bukit Merah itu tidak memproses bahan yang sama seperti di Gebeng, Kuantan.

Bahan mentah yang digunakan oleh Lynas ialah bijih dari Mount Weld, Australia. Manakala bijih yang digunakan oleh Asian Rare Earth di Bukit Merah ialah tahi bijih timah(Amang).

Kandungan Thorium dalam bahan mentah yang digunakan Lynas sebanyak 0.16% manakala bahan mentah yang digunakan Asian Rare Earth (ARE) sebanyak 6%. Ini bermakna ARE adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas.

Panel IAEA pula mengesahkan bahawa radiasi yang dihasilkan oleh sisa timah memang jauh lebih merbahaya daripada Thorium. Bahan mentah yang dihasilkan di Bukit Merah adalah mengandungi sisa bijih timah yang 60 kali lebih tinggi dan bahaya daripada sisa bahan logam nadir.

Sudah diperjelaskan tetapi kenapa tidak mahu percaya? Menyamakan kilang Lynas di Gebeng Kuantan dengan dengan kilang di Bukit Merah adalah tindakan sia-sia dan membuang masa sahaja. Isu Lynas sengaja dipolitikkan dan mereka berbahas berdasarkan auta bukan fakta. Akhirnya mereka tewas dalam isu Lynas akibat daripada hujah palsu mereka memakan diri sendiri.

0 comments:

share2