Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 30, 2011

Bukti Kerajaan Tidak Bankrap


Tahukah anda bahawa Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Pahang memperuntukkan RM50 juta setahun khusus untuk memberi bantuan pendidikan kepada anak Pahang. Berkemungkinan ada keluarga kita yang mendapat bantuan dari Kerajaan Negeri Pahang ini.

Bantuan Yayasan Pahang itu diberikan semata-mata berkaitan dengan pendidikan dan pemberian tersebut tanpa mengira latar belakang kaum. Dato' Sri Diraja Adnan Yaakob berkata : "Jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyebut mengenai 1Malaysia, inilah amalannya yang dilaksanakan dengan berkesan, bantuan diberi tanpa mengira sama ada Melayu, Cina, India, Sikh atau kaum lain,". Ini bermakna Kerajaan Negeri Pahang sudah melaksanakan konsep Satu Malaysia sejak dahulu lagi.

Tahukan anda, pada awal penubuhannya, peruntukan yang dikeluarkan Yayasan Pahang untuk hal berkaitan pendidikan hanya RM1.8 juta, sebelum meningkat kepada RM25 juta setahun, dan kini jumlahnya mencecah RM50 juta setahun.

Kalau benarlah Negeri Pahang di bawah BN sudah bankrap, atau hampir nak bankrap, maka sudah tentulah Kerajaan Negeri Pahang tidak mampu memberi bantuan untuk anak Pahang. Sudah tentu kita tidak dapat menikmati kemakmuran bumi Pahang. Ini bermakna dakwaan Negeri Pahang bangkrap adalah tuduhan terdesak pembangkang yang 'kering idea'.

Kerajaan Negeri Pahang memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang layak tanpa mengira latar belakang kaum dan politik. Jika pembangkang tuduh juga Kerajaan Negeri Pahang bangkrap, maka eloklah mereka yang berkata demikian minta bantuan dari Kerajaan Negeri Pakatan Pembangkang. Orang Pahang yang mengatakan Kerajaan Negeri Pahang bangkrap bermakna mereka "menipu diri mereka sendiri".

0 comments:

share2