Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 14, 2011

Kafir Harbi Dan Golongan Munafik Bergembira

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim menganggap pengguguran Datuk Dr. Hasan Mohamad Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor akan memantapkan hubungan pakatan pembangkang di negeri ini.

Menurutnya, ini memandangkan Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu dikatakan tidak membantu dalam usaha mengukuhkan parti pembangkang di negeri ini.

''Bukan kita (DAP) tidak suka (Hasan), tetapi saya dengar dia tidak bagus dan jarang turun padang. Namun, saya yakin dengan perubahan pimpinan Pas negeri ini akan memantapkan parti pembangkang di Selangor.

''Hasan juga dilihat berbeza daripada pimpinan Pas negeri yang lain kerana dilihat lebih cenderung kepada UMNO dan dikatakan menyokong kerajaan perpaduan sebelum ini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Suee Lim berkata, pihaknya juga yakin bahawa perubahan dalam jawatan Exco kerajaan negeri akan berlaku ekoran pelantikan ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman selaku Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru bagi menggantikan Hasan.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad menerima baik pelantikan Dr. Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru sebagaimana diumumkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Katanya, perubahan kepimpinan Pas negeri dilihat bagi membolehkan semua pemimpin Pas Selangor termasuk Hasan selaku Exco kerajaan negeri memberikan tumpuan penuh kepada usaha mengukuhkan parti pembangkang di Selangor.- Utusan Malaysia

Inilah jadinya apabila umat islam tidak bersatu. Umat islam ditindas dan dilayan bagaikan anjing kurap apabila tidak lagi memberikan sebarang keuntungan kepada pemerintah kafir. Walaupun Selangor seolah olah nampak diperintah oleh PKR tetapi "abang besar" dibelakangnya adalah DAP.

0 comments:

share2