Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, May 10, 2011

ANWAR - PEMIMPIN YANG SUDAH TIDAK DIHORMATI LAGI

Memang hebat 'Papa Prono' anugerah Tuhan ini di ranjang!



KUALA LUMPUR 9 Mei – Sikap sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang selama ini berselindung di sebalik topeng agama semakin terserlah apabila sanggup menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gelaran yang tidak sepatutnya.


Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Anwar panik kerana rakyat sudah bijak menilai peribadinya dan semakin menolak kepimpinan beliau yang jelas tidak mempunyai prinsip dan hala tuju.
“Justeru, Anwar melancarkan pelbagai serangan yang boleh merendahkan keperibadian Perdana Menteri khususnya kepada penyokong tegarnya walaupun ia bertentangan dengan agama serta tatasusila peradaban manusia.

“Ia adalah usaha terancang dan berterusan Anwar demi melampiaskan nafsu politiknya, meskipun nyata beliau kini semakin kehilangan sokongan termasuk daripada pembangkang sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Anwar dalam ceramah dengan masyarakat India di Dewan Hamzah, Klang, Selangor Sabtu lalu didakwa menggunakan perkataan kesat dalam bahasa Tamil ke atas Perdana Menteri iaitu pandi kutty yang bermaksud anak babi dalam bahasa Melayu. (Utusan Malaysia)  Baca juga disini (Klik)



Tentu rakyat tidak sangat terkejut jika perkataan demikian (pandi kutty) dituturkan oleh penyokong parti yang sememangnya fanatik dan jelas lemah daya fikirannya dalam menentukan mana yang baik dan buruk serta mana yang benar dan salah. Namun jika ianya dituturkan oleh seorang pemimpin parti serta bekas seorang Timbalan Perdana Menteri maka ianya jelas menunjuk bahawa itulah sikap sebenar seseorang yang berada dibawah tekanan.

Jika terhadap seorang Perdana Menteri beliau sudah tidak dapat menunjukkan sikap matang dan hormatnya, maka sudah tentulah beliau tidak akan menghormati sesiapapun, hatta kaum kerabatnya sendiri. Ini kemungkinan berikutan beliau sudah tidak dapat bertahan dengan tekanan hebat terutama penyebaran klip video yang memperlihatkan dirinya melakukan seks bersama seorang pelacur China yang tersebar meluas sekarang ini.

Berani kerana benar, dan sememang beliau ketakutan kerana bersalah serta malu kerana 'anu'nya jelas dipertontonkan kepada rakyat. Tentu tidak ramai yang mampu mengenalpasti apakah itu sebenarnya Anwar dan 'anu' itu adalah 'anu' Anwar. Tidak juga bagi NurulIzzah, melainkan Wan Azizah serta 'Chinadoll' berkenaan!


0 comments:

share2