Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, March 12, 2011

DNA ANWAR DIPEROLEHI?


Heboh satu Malaysia tentang DNA Anwar yang belum diperolehi. Apakah perlu kita mengadakan demontrasi secara aman mendesak Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak pendakwa untuk dibandingkan dengan DNA lelaki 'Y'?.

Kita sokong langkah pihak pendakwaan memohon agar Mahkamah Tinggi menggunakan kuasanya untuk memerintahkan Ketua Pembangkang itu memberikan sampel DNA. Namun bagaimana kalau Anwar tidak mahu serah juga?.

Sahutlah cabaran wahai Anwar yang pandai berkata-kata. Bak kata pepatah “berani kerana benar takut kerana salah”. DNA ini penting untuk mencari kebenaran dan keadilan terhadap kes liwat ini.

Kita hairan dengan Anwar kerana mengaku tak mahu, sumpah tak mahu, bicara mahkamah ditangguh-tangguh dan sampel darah untuk dijadikan DNA tak mahu beri.
Maka sudah sampai masanya Mahkamah Tinggi perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkannya. Jika tidak sampai bila pun perbicaraan kes liwat ini akan selesai.

Apa yang Anwar Ibrahim takutkan kita pun tak pasti. Kalau Anwar tidak pernah “mengunyitkan” Saiful maka tidak ada sebab Anwar perlu takut memberikan darahnya untuk diambil DNA.

Barangkali Anwar takut dengan bayang-bayangnya atau takut terdedah kisah silamnya atau takut tembelangnya pecah atau takut diketahui keluarga dan rakan politiknya atau takut seluruh rakyat Malaysia menghinanya atau takut hilang kuasa atau takut masuk penjara?.

Rakyat Malaysia hanya mahu tahu benarkah Anwar tidak meliwat Mohd Saiful Bukhari? Kini rakyat Malaysia tertanya-tanya kenapa “liat sangat” Anwar mahu serahkan DNA. Serahkan sahaja sampel darahnya untuk dijadikan DNA bagi perbandingan dengan sperma yang dijumpai di dalam dubur Saiful Azlan Bukhari. Kita mencabar Anwar menyerahkan segera sampel darah untuk dijadikan DNA.

0 comments:

share2