Sokong Pas bermakna sokong DAP
Hahaha! Ini baru betul-betul Pas
Dalam siri kempennya di Labis bagi PRK DUN Tenang baru-baru ini, Nik Aziz mengeluarkan kenyataan bahawa 'tidak mengundi Pas adalah jahiliah'. Demikian kesungguhan beliau untuk menarik pengundi menyokong calon Pas Cikgu Mala.
Namun semuanya berakhir dengan Pas tetap kalah kepada BN dalam pertandingan satu lawan satu. Apakah kerana lebih ramai rakyat atau pengundi di DUN tenang terdiri dari masyarakat jahiliah? Atau mungkin juga Pas yang kelihatan terlalu ekstrem dan menghampiri militan membuatkan rakyat semakin menjauh dari mereka?
Berikut adalah CnP dari Berita Harian (sini)
LABIS: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam menyifatkan mereka yang tidak mengundi PAS sebagai orang jahiliah.
Beliau merujuk demikian ketika ditanya mengenai peluang PAS pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan berkata: “Peluang terletak atas orang sini (Tenang)... atas pengundi. Dia (pengundi) nak kekal dengan jahiliah ke hendak terima Islam.
Nik Aziz berkata, peluang calon PAS, Normala Sudirman ini terletak kepada pengundi di kawasan berkenaan.
“Macam mana Allah Taala buat Islam, kemudian kita tolak sedangkan kita orang bijak... kita pun berkawan dengan orang bijak,” katanya.
Dari segi bahasa, jahiliah berasal daripada perkataan ‘jahala’ atau kata terbitan ‘jahlun’ bermaksud bodoh dan sesat atau jahil yang merujuk kepada masyarakat Arab jahiliah di Semenanjung Tanah Arab lebih kurang 1,400 tahun dulu ketika mereka masih mundur dari segi akhlak dan moral.
Terdahulu, Nik Aziz sempat memberikan ceramah ringkas kepada kira-kira 100 penduduk Kampung Redong dalam majlis meraikan Normala yang hadir bersama suaminya, Maarof Abd Mutalib.
Mengenai isu calon PAS enggan bersalaman dengan orang ramai seperti dibangkitkan pada awal kempen, beliau berkata, yang menjadi masalah adalah pihak yang menimbulkan isu itu tidak memahami Islam.
Dan baca juga sajak yang diambil dari sebuah laman blog:
Muntah Jahiliah
(Karya GuruBashid)
Tenang pun kembali tenang
penghukum telah disumpah
yang menang hatinya senang
sambil menyapu muntah jahiliah
Yang datang telah pun pulang
setelah menyembur muntah jahiliah
tinggallah Normala berhati walang
bersama Maarof malamnya gundah
Bersyukurlah buat yang menang
bermuhasabahlah buat yang kalah
insya-Allah Merlimau kita bertandang
menyembur lagikah muntah jahiliah
(Klik ke blog)
0 comments:
Post a Comment